Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG AUTOBAHN DI JERMAN. BOLEH KE PANDU 400KM/J?

Sebut saja pasal lebuh raya Autobahn di Jerman, pasti kita bayangkan berkenaan jaringan lebuh raya sehingga 4 lorong tanpa halaju maksima. Memang bestkan kalau boleh tekan pedal rapat ke lantai tanpa perlu bimbang disaman. Tapi betul ke Autobahn ni tiada halaju? Kami bawakan kepada anda beberapa fakta pantas berkenaan Autobahn.

1. Autobahn merupakan lebuhraya persekutuan namun dikawal kemasukannya bagi memastikan trafik bergerak dengan lancar dan laju. Sebutan rasminya ialah Bundesautoban atau (BAB) yang bermaksud jalanraya persekutuan atau Federal Automobile Track

2. Bertentangan dengan kepercayaan orang ramai, Autobahn bukanlah idea Hitler namun ia merupakan idea dari Republik Weimar (sebelum penubuhan negara Jerman pada tahun 1920an). Namun pembinaan awal projek sangat perlahan disebabkan pelbagai faktor.

3. Seksyen pertama Autobahn disiapkan pada tahun 1932 yang menghubungkan bandar Cologne dengan Bonn sejauh 18km yang dibuka oleh Datuk Bandar iaitu Konrad Adenaeur. Seksyen ini merangkumi lebuhraya 4 laluan tanpa persimpangan, dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan bermotor sahaja.

Perkataan Autobahn merupakan perkataan yang dicipta oleh Professor Hobart Autzen pada tahun 1929.

4. Sebaik sahaja Adolf Hitler mengetuai Jerman, dia menjadikan Fritz Todt Jeneral Inspektor Pembinaan Jalan Jerman untuk meneruskan projek ini dengan 130,000 kakitangan pembinaan. 270,000 tenaga manusia tambahan diperlukan bagi menyokong pembinaan jalan ini dalam industri sokongan seperti keluli, konkrit, papan tanda dan kerja-kerja penyelenggaraan.

5. Semasa era peperangan, Autobahn tidak digunakan sebagai rangkaian logistik untuk mengangkut kelengkapan ketenteraan dan tugas tersebut digalas oleh sistem keretapi yang lebih efisyen dan memilik kapasiti yang lebih baik. Sekiranya kereta kebal melalui Autobahn ia akan merosakkan permukaan jalan.

6. Namun ia tidak menghalang Luftwaffe menggunakan lebuhraya ini sebagai lapangan terbang sementara dengan bahagian tengah lebuhraya diturap. Ini menjadikan Autobahn sebagai sasaran tentera bersekutu dalam misi pengeboman. Selepas perang, Jerman Barat memulakan semula proses pembinaan jalan ini

7. Pembangunan pesat ni menyebabkan Autobahn bertambah panjang dengan 2100km pada tahun 1949 menjadi 13,000km menjelang tahun 2016. Antara faktor yang menyebabkannya bertambah panjang ialah penggabungan semula Jerman Barat dengan Jerman Timur setelah runtuhnya komunis.

8. Salah satu anggapan salah berkenaan Autobahn ialah ia tidak memiliki halaju. Tapi halaju maksima akan ditetapkan dan pemandu perlu mematuhi halaju di kawasan ramai penduduk (mengelakkan pencemaran udara dan bunyi), kawasan berisiko kemalangan, kawasan pembinaan dan kawasan dimana kualiti jalan tidak menepati standard keselamatan.

Di jalan yang didapati selamat untuk memecut dan tanpa halaju ditetapkan, pemandu dinasihatkan untuk memandu sekitar 130km/j untuk keselamatan (Richtgeschwindigkeit). Namun jika anda memandu melebihi 130km/j ia bukan satu kesalahan. Halaju yang dibenarkan juga akan berubah mengikut keadaan cuaca

9. Secara puratanya 1/3 lebuhraya Autobahn tidak memiliki halaju maksima terutama di kawasan pedalaman dan tidak sibuk. 1/3 jalan Autobahn lagi memiliki halaju yang telah ditetapkan dan baki 1/3 lagi memiliki halaju yang boleh berubah mengikut cuaca dan juga faktor trafik.

Disebabkan wujudnya lebuhraya ini, maka pengeluar kereta Jerman terpaksa mewujudkan gentleman agreement yang menghadkan halaju kereta keluaran mereka kepada 250km/j sahaja. Namun sama seperti orang Malaysia, senang-senang saja rakyat Jerman boleh bypass speed limit ini.

10. Tapi jangan ingat semua kereta boleh dipandu laju sesuka hati di Autobahn. Bas, kenderaan dengan berat melebihi 3500kg, kereta yang menunda trailer, dan apa-apa kenderaan berat dilarang melebihi 100km/j bergantung pada kategori.

Skuter, kapcai (moped), kenderaan dengan muatan kargo berat, kren dan kenderaan kegunaan perladangan dilarang sama sekali menggunakan Autobahn atas alasan keselamatan.

11. Namun jangan terkejut kerana Autobahn sangat selamat berbanding jalan raya biasa. Daripada jumlah kemalangan maut yang berlaku 60% berlaku di jalan raya biasa manakala hanya 12% kemalangan maut berlaku di Autobahn.

12. Terdapat 700 tempat rehat yang disediakan di Autobahn. Pastikan anda mengisi bahan api secukupnya di kawasan rehat atau sebelum memasuki Autobahn. Jika kereta anda kehabisan bahan api dan tersadai di laluan kecemasan, anda boleh disaman dan lesen digantung selama 6 bulan.

13. Jika anda kantoi sengaja mengekori rapat kereta di depan (cucuk angin) anda boleh disaman sehingga RM1945 dan lesen digantung selama 3 bulan. Pemandu mesti menjarakkan keretanya dari kereta depan separuh dari halaju yang dipandu. Kalau memandu 160, pastikan ada jarak 80meter antara kereta depan.

14. Setiap 15 tahun, permukaan jalan Autobahn akan diturap baru sepenuhnya bagi mengekalkan kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

15. Pada tahun 2005, satu sistem tol (Mautpflicht) diperkenalkan bagi kenderaan berat melebihi 12 tan. Ia menggunakan transponder dipasang pada kenderaan dan juga sensor pada bahagian atas Autobahn. Tol akan dikira berdasarkan laluan, kadar pencemaran, berat dan juga bilangan gandar yang digunakan. Secara purata Autobahn mengenakan tol RM 0.73 bagi setiap 1.63km perjalanan.

Google ads
Back to top button