Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG TOYOTA YARIS CROSS, SUV HYRBID TERMURAH DI INDONESIA

1. Toyota Yaris Cross dibina dan direka dengan menggunakan konsep Solid Dynamic dan memberi fokus kepada rekaan ruang kabin dalam yang luas. Bahagian depan pula menggunakan jeriji trapezoidal yang sama seperti digunakan oleh Corolla Cross, malah kalau dilihat dari belakang juga ia adalah seperti Corolla Cross atau Rav4 yang lebih kecil

2. Namun Yaris Cross dibangunkan atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti model lain seperti Veloz/Alza/ Vios namun saiznya dihadkan kepada saiz segmen B. Jadi besar kemungkinan sekiranya dijual di sini ia akan bersaing dengan Proton X50 nanti

3. Dari segi dimensi, Toyota Yaris Cross dengan panjang 4310mm, tinggi 1615mm dan lebar 1770mm. Ruang dalaman pula diukur daripada jarak antara roda pula ditetapkan pada 2620mm, angka yang sama digunakan oleh Toyota Vios generasi baru (eh eh eh eh buat bunyi Tiktok)

4. Bagi memudahkan Toyota Yaris Cross bergerak merentasi laluan sukar, jarak kelegaan dengan permukaan jalan dinaikkan kepada 260mm. Rekaan ini juga dibantu dengan approach angle 19º dan departure angle 28º serta pusingan penuh dipendekkan menjadi 5.2 meter bagi memudahkan ia dipandu dan diparkir di ruangan sempit

5. Bagi varian petrol, Yaris Cross dikuasakan dengan enjin 4 silinder 1500cc dual VVTi 2NR-VE yang menjana sekitar 104 kuasa kuda dan 138Nm tork. Untuk pasaran Indonesia, ia ditawarkan dalam varian transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi CVT (pada hemat penulis Dual Mode CVT, sama seperti Toyota Vios)

6. Bagi varian hibrid, trenkuasa ini terdiri daripada enjin 2NR-VEX 1500cc 4 silinder baru yang menjana sehingga 90 kuasa kuda dan 121Nm tork. Berbeza dengan varian petrol, enjin ini akan beroperasi dengan kitaran Atkinson bagi memaksimakan penggunaan bahan api

Sistem ini juga akan dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 79 kuasa kuda dan 141 Nm tork yang akan dibekalkan kuasa daripada bateri ion lithium 0.7kWh. Bateri ini akan dipasang dibawah kusyen tempat duduk belakang

7. Dalam aspek keselamatan, Toyota Yaris Cross dipasang dengan brek parkir elektrik lengkap dengan ciri AutoHold, 6 beg udara, brek kombo ABS dan EBD, sistem kestabilan elektronik, amaran titik buta, Rear Cross Traffic Aler dan juga kamera dengan 360 darjah

8. Bagi varian tertinggi, ia akan ditawarkan dengan pakej Toyota Safety sense, merangkumi sistem Adaptive Cruise Control, Pre-Crash Warning, Pre-Crash Braking, Lane Departure Warning & Prevention, Lane Keep Assist, Auto High Beam, Pedal Missoperation dan juga Lead Vehicle Notification

9. Ruang dalaman Yaris Cross pula menampilkan sistem multimedia bersaiz 10.1 inci, paparan meter digital 7 inci, panoramic roof, pengecasan telefon tanpa wayar, lampu kabin, sistem penyaman udara automatik, dan juga pintu ruang kargo yang boleh dibuka secara automatik

Google ads
Back to top button