Artikel Pilihan

SEJARAH PERCINTAAN HONDA & AMG. EHH BIAR BETUL???

AMG (Aufrecht, Melcher, Großaspach) atau singkatannya AMG lebih sinonim dengan jenama Mercedes Benz sebelum ia dibawa masuk secara rasmi dalam syarikat Mercedes sebagai cabang untuk varian yang lebih berkuasa. Tetapi selain daripada jenama Mercedes, AMG juga pernah menala beberapa jenama lain atas permintaan syarikat tersebut.

Salah satu jenama dan model popular yang ditala oleh AMG ialah Mitsubishi Galant AMG yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja bagi pasaran JDM. Tetapi selain Mitsubishi, AMG juga pernah bekerjasama dengan Honda.

Sekitar 1980an sebelum Honda memiliki unit prestasi tinggi Type-R, AMG telah menala Honda Ballade dengan diberi nama komersial Honda Ballade AMG. Model Ballade secara asasnya ialah Honda Civic tapi diberikan pelbagai ciri kemewahan yang tiada pada model Civic.

Ia direka dengan memiliki penyaman udara standard daripada kilang kerana pada tahun 1980an penyaman udara adalah aksesori dan perlu dipasang di luar, cermin suria di bumbung dan juga kusyen balutan kulit

Honda Ballade AMG diasaskan daripada Honda Civic generasi ke 5 merupakan satu produk kerjasama simbiosis antara Mercedes Benz dan juga Honda. Mercedes pada ketika itu hanya memiliki model Mercedes Benz 190 sebagai model termurah mereka bercadang untuk menghasilkan satu lagi model baru yang lebih mampu milik di Afrika Selatan.

Honda pula pada ketika itu sedang berusaha melebarkan pasaran di Afrika selatan tapi tidak memiliki fasiliti pemasangan, wakil jualan dan logistik yang efisyen untuk melakukannya serta tiada kekuatan jenama di benua Afrika. Mercedes Benz South Africa pula tidak bercadang untuk melabur dalam jumlah yang besar bagi satu produk yang belum dijamin pulangannya

Jadi jalan yang terbaik ialah Mercedes Benz di Afrika Selatan akan membina Honda di fasiliti mereka dan menjualnya di bawah jenama Mercedes Benz. Honda Ballade AMG akan diposisikan di bawah model 190. Tetapi berbeza dengan Honda Ballade yang biasa, model ini akan ditala mengikut spesifikasi AMG

Spring standard asal digantikan daripada jenama Eibach direndahkan 40mm, penyerap hental Bilstein, diberi 2 pilihan rim samaada 15 inci atau 16 inci aloi aluiminium jenama Remotec dan juga spoiler belakang yang lebih besar dan bergaya. Tayar digantikan dengan tayar Bridgestone RE71, ekzos sport, meter berwarna putih dan tombol gear aluminium.

Terdapat 2 varian yang ditawarkan samaada 180i yang lebih berkuasa ataupun 160i. Varian 180i dikuasakan dengan enjin B18B4/B18B3 1800cc 4 silinder yang menjana 138 kuasa kuda dan 171Nm tork tanpa VTEC. Ia boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 9 saat dan halaju tertinggi ialah 198km/jam.

Manakala bagi varian 160i pula ia dikuasakan dengan enjin 1600cc 4 silinder yang menjana 118 kuasa kuda dan 144Nm tork. Tiada rekod yang ditemui untuk disahkan tetapi varian 1600cc menggunakan enjin B16A6 yang menjana 158 kuasa kuda.

Honda Ballade AMS dilaporkan dijual dalam generasi ke 4 dan 5 di benua Afrika dan model terakhir dihasilan pada tahun 2001 sebelum nama Ballade tidak lagi digunakan secara global dan kebanyakan maklumat seperti bilangan yang dihasilkan kekal misteri dan tidak dijawab oleh pengeluar

Nama Honda Ballade digunakan semula oleh Honda Afrika Selatan pada tahun 2011 dengan pengenalan Honda City generasi ke 5 di pasaran. Kilang Mercedes Benz yang digunakan untuk menghasilkan Honda Ballade AMG masih lagi wujud di East London dan kini ia digunakan untuk menghasilkan model C Class.

Google ads
Back to top button