Artikel Pilihan

KEMATIAN TRAGIS SELEBRITI DAN PEMIMPIN DALAM KERETA

Semua yang bernyawa pasti akan mati, itu adalah ketetapan Ilahi pada semua benda yang bernyawa di dunia. Samaada kita sedia atau tidak, setiap hari yang berlalu akan mendekatkan kita dengan kematian. Kadang-kadang mereka yang terlibat dalam kemalangan tidak menyangka itu merupakan hari terakhir mereka dan juga hari paling menyedihkan buat ahli keluarga.

Kami senaraikan di sini pemimpin negara, ahli sukan, negarawan, dan juga selebriti yang meninggal dunia di dalam kereta samaada terlibat dalam kemalangan ataupun dibunuh dalam kereta. Kami senaraikan sekali jenama dan model yang terlibat ketika kejadian tersebut berlaku.

1. Archduke Franz Ferdinand – merupakan pewaris yang bakal memerintah kerajaan Austria-Hungry pada tahun 1914. Beliau mati dibunuh menggunakan pistol oleh 6 orang pemisah yang menentang proses penaklukan Austri-Hungry ke atas Saravejo. Ketika kejadian Franz Ferdinand sedang menaiki kereta 1910 Gräf & Stift Double Phaeton

Peristiwa pembunuhan ini mencetuskan perang dunia pertama yang menyebabkan kematian 40 juta nyawa yang melibatkan orang awam dan juga pihak tentera. Kereta Gräf & Stift Double Phaeton dikatakan bertukar tangan sebanyak 15 kali dan sepanjang tempoh tersebut 13 orang mati akibat mengalami kemalangan dengan kereta tersebut.

2. George S. Patton – salah seorang komander unit mekanaiz ataupun kereta kebal daripada Amerika. Beliau merupakan seorang komander yang terkenal dengan strategi peperangan yang melibatkan kereta kebal dengan kemenangan di Sicily, Normandy dan berjaya mengekang gerakan offensif tentera Nazi dalam Battle of Bulge.

Namun Patton tidak mati ketika peperangan dalam kereta kebal, sebaliknya dia mati dalam kemalangan jalan raya ketika Limosine Cadillac 75 tahun 1938 yang dipandu oleh pemandu peribadinya mengelakkan sebuah lori yang memasuki laluan mereka secara tiba-tiba pada kelajuan 60km/jam.

Patton tercampak ke bumbung sebelum jatuh di belakang cermin menyenbabkan lehernya patah dan beliau mengalami lumpuh seluruh badan. Patton meninggal dunia di hospital selepas beberapa hari dirawat.

3. John F. Kennedy – merupakan presiden Amerika yang ke 35 dibunuh pada 22 November 1963 ketika menaiki Ford Lincoln Continental Convertible Limo 1961 dengan menggunakan senapang jarak jauh oleh Lee Harvey Oswald. Kereta tanpa bumbung yang bertujuan memudahkan presiden berkomunikasi dengan pengundi memudahkan dia menjadi sasaran.

Kereta ini dibina oleh Ford Motor, diubahsuia oleh Hess & Eisenhardt of Cincinnati bagi memenuhi spesifikasi yang diminta oleh White House. Kereta ini disewakan kepada Secret Service dengan kos USD 500 setahun dengan nama jolokan X-100. Selepas kejadian ini, kereta yang membawa presiden telah diubahsuia semula bagi tujuan keselamatan

4. James Dean – merupakan satu pelakon yang meningkat naik sekitar tahun 1955 selepas filem pertama lakonannya Rebel Without Cause mendapat sambutan hangat di wayang. Selain daripada itu, James mula berminat dengan sukan permotoran mulai tahun 1955 dengan membeli Porsche 356.

Setelah tamat penggambaran filem Giant yang diterbitkan oleh Warner Brothers (terdapat satu klausa yang menghalang James menyertai perlumbaan ketika filem dihasilkan), James membeli Porsche 550 Spyder sebagai kereta baru untuk menyertai perlumbaan.

Ketika menuju ke litar perlumbaan Salinas Road Race, sebuah Ford Tudor memasuki laluan James, tanpa sempat dia menekan brek dan Porsche Spyder tersebut merempuh bahagian sisi Ford Tudor. James mati di tempat kejadian akibat patah tulang leher.

5. Lady Diana – merupakan bekas isteri pertama Putera Charles namun popularitinya meningkat naik selepas penceraiannya disebabkan penglibatannya dalam bidang kebajikan di serata dunia tanpa melibatkan protokol istana yang rumit

Pada 31 Ogos 1997, Lady Diana dan pasangannya Dody al Fayed menaiki sebuah Mercedes Benz W140 bersama seorang pemandu dan pengawal peribadi mereka terbabas dalam terowong di Paris. Kejadian ini berpunca dari tindakan Paparazzi yang mengekori dan memandu kereta secara melulu sewaktu kejadian.

Sewaktu kejadian pemandu peribadi memandu pada kelajuan 105km/j, 2 kali ganda halaju yang dibenarkan dan paras alkohol dalam badannya ialah 3.5 kali ganda dari paras yang dibenarkan. Mercedes malang tersebut menghentam dinding terowong membunuh Fayed dan pemandu di tempat kejadian. Lady Diana meninggal di hospital selepas doktor berusaha untuk merawatnya gagal.

6. Ayrton Senna – merupakan juara 3 kali dalam perlumbaan Formula 1 yang dicapai bersama-sama dengan pasukan McLaren. Senna lebih dikenali dengan keupayaannya mengawal jentera dengan baik ketika hujan dan mampu memandu secara agresif walaupun permukaan litar basah teruk.

Senna mengalami kemalangan di Litar Imola pada 1 May 1994 ketika jentera Renault FW16S yang dipandunya tiba-tiba terbabas dan menghentam dinding keselamatan litar pada kelajuan 307km/j. Ketika kejadian Senna berjaya mendapat tempat kedudukan pertama ketika perlumbaan walaupun bergelut dengan masalah kawalan kereta.

7. Paul Walker – siapa tak kenal dengan pelakon berambut perang yang memulakan budaya street racing dalam lakonan filem Hollywood. Filem The Fast & The Furious mengangkat Paul sebagai hero dengan berlatarbelakang perlumbaan, polis dan jenayah. Selain itu dia juga aktif dalam aktiviti perlumbaan dan juga kebajikan

Paul meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari majlis kebajikan dengan menaiki sebuah Porsche Carrera GT 2005 dengan rakannya iaitu Roger Rodas. Ketika kemalangan Porsche tersebut dipandu oleh Roger terbabas melanggar tiang lampu, pokok dan akhirnya terbakar. Roger dan Paul mati di tempat kejadian akibat

Pihak penyiasat membuat kesimpulan bahawa punca kemalangan ialah tayar yang melebihi had usia merupakan faktor utama kereta tersebut terbabas apabila dipandu pada halaju 130km/j

Tags
Google ads
Back to top button