Artikel Pilihan

AYRTON SENNA, RAJA LITAR BASAH

Ayrton Senna da Silva merupakan salah seorang lagenda pelumba Formula 1 yang memegang takhta kejuaraan sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1988, 1990 dan 1990 bersama pasukan McLaren-Honda. Senna merupakan salah satu ikon sukan yang ternama yang dilahirkan di Brazil dan pada pandangan penulis dia merupakan “Pele” namun dalam kategori sukan permotoran

Senna dilahirkan pada 21 March 1960 kepada pasangan Milton da Silva dan Neide Senna da Silva yang berasal dari keluarga berada. Ayah Senna sendiri merupakan pemilik kilang yang aktif dalam industri pembuatan. Senna mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan permotoran sejak kecil lagi apabila mula menjinakkan diri dengan go-kart pada umur 4 tahun, belajar memandu Jeep pada umur 7 tahun mula menyertai perlumbaan go-kart pada umur 13 tahun.

Dari segi akademik Senna cemerlang dalam bidang sukan, gimanstik dan merupakan seorang yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Senna juga memiliki rekod yang baik dalam seni dan kimia. Namun dia gagl menguasai bahasa inggeris dengan baik. Atas saranan keluarga dia memasuki kolej pengurusan perniadaan namun ia hanya bertahan selama 3 bulan sahaja.

Karier Awal

Go-Kart pertama yang digunakan oleh Senna adalah rekaan ayahnya sendiri yang menggunakan enjin mesin rumput berkuasa 1hp. Senna menyertai perlumbaan go-kart antarabangsa pada tahun 1977 sehingga tahun 1978 dengan kebanyakan masa mendapat tempat kedua.

Pada tahun 1981, Senna berhijrah ke England untuk lebih serius dalam perlumbaan Ford 1600 namun atas desakan kelurga yang mahukan Senna mengambil alih perniagaan keluarga, dia kembali ke Brazil. Namun pada masa yang sama, Senna ditawarkan untuk berlumba dengan pasukan Formula Ford 2000 dengan gaji 10,000 pound dan Senna mengambil keputusan untuk kekal di England.

Senna menjadi juara British dan European Formula Ford 2000 pada tahun 1982. Pada tahun 1983, Senna memulakan karier bersama dengan pasukan West Surrey Racing untuk kejuaraan British Formula 3 dan menjadi juara keseluruhan pada tahun 1983 selepas bergelut dengan Martin Brundle

Bersama Pasukan Toleman 1984

Senna memulakan ujian perlumbaan pada tahun 1983 dengan pasukan Williams, McLaren, Brabham dan juga Toleman. Walaupun Senna mencatatkan masa yang lebih pantas daripada Keke Rosberg, namun Williams dan juga McLaren tidak memiliki sebarang kekosongan untuk musim 1984. Lotus pula terikat dengan penaja yang mahukan hanya pelumba British untuk mereka.

Begitu juga dengan Brabham yang hanya mahukan pelumba Itali untuk pasukan mereka. Akhirnya Senna terpaksa menyertai pasukan Toleman yang kurang kompetitif, menggunakan tayar yang tidak kompetitif dan juga enjin yang sering rosak ketika perlumbaan.

Namun Senna mengasah bakat yang lain ketika bersama dengan Toleman iaitu keupayaan Senna untuk membekalkan maklumat tindakbalas cesi, enjin dan transmisi pada jurutera dan juga kemampuannya untuk berlumba di litar yang basah di Monaco. Senna menunjukkan keupayaannya untuk memintas Niki Lauda dan mengejar Alain Prost sebelum perlumbaan terpaksa dihentikan akibat hujan terlampau lebat.

Lotus 1985-1987

Semasa pusingan kedua musin 1985, Senna sekali lagi menunjukkan kemahiran yang tinggi di litar Portugese Grand Prix yang bermula di petak pertama. Hujan lebat yang melanda di pertengahan perlumbaan menyaksikan ramai pemandu yang terbabas akibat aquaplaning namun Senna dengan selamba menyudahkan perlumbaan seminit lebih awal dari lawannya dan juga hampir satu pusingan daripada pelumba lain. Musim 1985 menyaksikan Senna mendapat kedudukan ke empat secara keseluruhan

Senna sekali lagi menyudahkan perlumbaan di tempat pertama di Litar Belanda, Itali dan juga Belgium yang semuanya ketika hujan lebat dan juga litar basah . Musim 1986 menyaksikan prestasi Senna merosot sehingga ia berada di belakang pasukan Williams disebabkan jentera 97T Lotus mengalami masalah ketahanan ketika perlumbaan. Sekali lagi Senna berada di kedudukan ke empat bagi musim 1986

Pasukan Lotus dengan jentera 99T berjaya mendapat tajaan Honda sebagai pembekal enjin bagi musim 1987. Senna menyatakan enjin V6 Honda yang digunakan oleh Lotus tidak cukup kompetitif bagi halaju yang tinggi dimana Senna sering dipintas oleh Mansell and Piquet walaupun lebih lasak berbanding enjin lama. Senna mengumpul 57 mata secara keseluruhan untuk musim 1987 dengan kedudukan ke tiga.

McLaren 1988-1993

Pada tahun 1988 Senna menyertai pasukan McLaren disebabkan hubungan baik dengan Honda dan juga dengan kebenaran Alain Prost. Walaupun Senna sering mencabar Prost di litar namun hubungan mereka sebagai rakan sepasukan amat baik terutama bagi mengekang kemaraan pasukan Ferrari, William dan Benetton.

Di litar Portugal, Senna membuat kesilapan apabila terlalu agresif dalam pemanduan bagi menghalang Senna memintasnya semasa awal perlumbaan sehingga hampir menyebabkan Prost melanggar dinding pada halaju 290km/j. Senna dikenakan amaran oleh FIA dan Senna pula memohon maaf secara rasmi pada Prost disebabkan insiden tersebut.

Musim ini menyaksikan penguasaan pasukan McLaren dimana mereka mendominasi perlumbaan dengan 15 kemenangan dan Senna dinobatkan juara dunia 1988.

McLaren 1989

Hubungan Prost dan Senna mulai renggang menjelang tahun 1989. Prost merasakan McLaren lebih memberikan layanan kepada Senna manakala hubungan istimewa Senna dan Honda menyebabkan Honda turut memberikan layanan istimewa pada Senna. Senna memenangi GP Jerman, Belgium dan juga Sepanyol. Namun gagal menyudahkan perlumbaan di Pheonix, Kanada, Perancis, Britain, dan Itali disebabkan masalah jentera

Hubungan ini memuncak semasa GP Jepun di mana Senna dan Prost terlibat dalam kemalangan semasa pusingan ke 46. Prost mengambil keputusan untuk berhenti selepas kemalangan namun Senna memaksa marshal untuk menolak keretanya, memulakan semula perlumbaan dan memasuki pit untuk menukar front spoiler. Senna dikenakan penalti dan denda manakala mata kemenangannya dibatalkan. Prost merampas semula kejuaraan dunia dari Senna.

McLaren 1990

Prost mengambil keputusan untuk berhijrah ke Ferrari akibat perselisihan fahamnya dengan Senna. Permusuhannya dengan Prost semakin menjadi parah dengan Prost memberikan tentangan sengit pada Senna. Senna memenangi 6 Grand Prix manakala Prost memenangi 5 Grand Prix daripada 16 pelumbaan. Malang bagi Senna terdapat satu perlumbaan yang gagal disudahi olehnya akibat kegagalan sistem penyejukan enjin

Sekali lagi kontreversi melanda Prost dan Senna semasa GP Jepun. President FIA Balestre menafikan hak Senna untuk bermula di sebelah kanan pada barisan hadapan dengan memberi peluang kepada Prost untuk mendapatkan racing line yang terbaik. Tambahan pula FIA memberi amaran kepada Senna agar tidak melintas garisan kuning laluan pit semasa pusingan petama.

Mungkin berang dengan Balestre dan Prost (kedua-duanya Perancis), Senna menafikan peluang Prost untuk menggunakan racing line semasa selekoh yang pertama dan menggunakan teknik defensive driving sehingga memaksa kedua-dua kereta berlanggar pada kelajuan 270km/j dan menyebabkan kedua dua pemandu terkandas di pusingan pertama.

Setahun kemudian Senna menjelaskan bahawa sebenarnya dia tidak dapat menerima keputusan berat sebelah Belestre pada musim 1989 yang menyebabkan matanya ditarik balik dan juga keputusan untuk menafikan haknya menggunakan laluan kanan petak pertama. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak akan mengalah di selekoh tersebut yang akan menafikan hak Prost untuk menggunakan racing line.

McLaren 1991

Tahun 1991 merupakan tahun yang cemerlang buat Senna apabila sekali lagi menjadi juara dunia buat kali ke tiga berturut-turut. Prost dan Ferrari pula mengalami nasib malang apabila enjin V12 yang digunakan tidak lagi cukup kompetitif jika dibandingkan dengan enjin McLaren. Senna mendominasi 4 perlumbaan pertama Grand Prix pada awal musim. Namun Mansell memberikan cabaran pada pertengahan musim melalui jentera Renault.

Di GP British kesilapan tektikal yang dilakukan oleh pasukan menyebabkan Senna kehabisan petrol di pusingan terakhir dan terpaksa menumpang Mansell untuk pulang ke pit. Mansell ketika itu sedang melakukan pusingan meraikan kemenangan. Manakala di GP Sepanyol Senna dan Mansell bersaing sengit di mana mereka berlumba hanya beberepa inci saja pada halaju 320km/j.

Namun Senna terus meminta pihak Honda untuk terus membaiki kualiti dan ketahanan enjin V12 yang digunakan dan menyaksikan Senna terus menguasai 3 lagi Grand Prix termasuk di Jepun. Sebagai tanda penghargaan pada rakan sepasukan Gerhard Berger, Senna memberikan Berger kemenangan di GP Jepun.

Sama seperti tahun 1988 dan 1990, Senna memenangi International Racing Driving Award oleh majalah permotoran British dan disampaikan oleh Stirling Moss. Sehari sebelum itu semasa majlis makan malam FIA, Senna menghadiahkan topi keledar yang dipakainya pada President FIA Jean-Marie Balestre

Pemanduan Litar Basah

Salah satu kemahiran yang dimiliki oleh Senna ialah keupayaannya untuk mengatasi rasa takut dan mengawal jentera di jalan basah. Semuanya bermula apabila Senna menunjukkan keupayaan untuk memintas Niki Lauda di GP Monaco 1985. Senna mula mengasah kemahiran memandu dalam hujan semasa memandu go-kart di Litar Interlagos setiap kali waktu hujan.

Kemenangan ini diulangi di GP Portugis 1985, GP Belgium 1985, GP Jerman 1988, GP Jepun 1988, GP Belgium 1989, GP Kanada 1990, GP Brazil 1991, GP Australia 1991, GP Brazil 1993 dan GP Jepun 1993.

Mempertahankan Kedudukan

Satu lagi keupayaan Senna ialah untuk menahan pelumba lain dari memintasnya dalam mengatur strategi kemenangan dan menghalang pelumba lain memperolehi mata. Semasa GP Jepun 1991, Senna bertindak menghalang kemaraan Mansell bagi membolehkan Berger terus mara ke depan. Mansell yang berang dengan Senna melakukan beberapa gerakan agresif bagi memaksa Senna melakukan kesilapan

Namun apa yang terjadi ialah Mansell mengalami masalah brek dan terbabas di pusingan ke 10. Kejadian yang sama pada tahun 1992 ketika Mansell dinobatkan sebagai juara tahunan. Senna berupaya menahan kemaraan Mansell di GP Monaco walaupun dengan menggunakan tayar yang sudah haus.

Google ads
Back to top button