SEMBANG SANTAI : HELLO PERODUA NAUTICA
Agak lama juga Brader Karrager tidak membuat artikel jenis bersembang ni. Memandangkan sana sini semua orang tengah bercakap perihal SUV milik Perodua si Aruz, jadi apa kata Brader Karrager bawakan sesi per-sembang-an bersama Perodua Nautica. Sebuah SUV kompak yang semakin hilang ditelan ‘aruz’ zaman.
BACA : SUV MAMPU MILIK : PERODUA KEMBARA LASAK BOLEH DIHARAP
BACA :SEMBANG SANTAI : APA KHABAR PERODUA ALZA
BK : Assalamualaikum Nautica. Nampak rilek aja sekarang ni.
Nautica : Waalaikumussalam. Begini ajalah Brader. Melepak bawah pokok sambil menantikan buyer kalau ada yang masih berminat. Beginilah nasib kan. Orang pun dah macam tak berapa nak berminat lagi pada aku sekarang ni. Apa hal kau cari aku ni?
BK : Sajalah. Nak jenguk-jenguk kau sambil tanya khabar sikit.
Nautica : Beginilah. Umur pun dah tak berapa nak muda dah. Tapi masih sihat lagilah.
BK : Alhamdulillah. Baguslah kalau kau sihat Nautica. Er, kau dah pergi jengok ke si Aruz tu?
Nautica : Mestilah dah. Apa gila belum. Teruja betul dapat jumpa depan mata. Iyalah, selepas aku mana ada lagi SUV keluaran Perodua kan. Nampak boleh tahan kacak juga si Aruz ni. Cuma bila ada cakap-cakap tentang harga Aruz yang sedikit mahal tu aku macam tak berapa nak boleh hadam sikit lah.
BK : Alah, biasa lah tu. Netizen. Kalau semua benda tak komplen, tak netizen lah namanya kan.
Nautica : Hmmmm dia orang tak tau dulu aku punya harga lagilah mahal. Bayar mahal-mahal sampai RM90,000 tapi dapat lima tempat duduk je. Yang ni siap dapat tujuh tempat duduk, siap ada ruang untuk sumbat beg lagi. Pun nak komplen itu ini. Tak faham betul lah aku.
BK : Tenang Nautica. Tenang. Engkau lain. Engkau tu dulu level CBU dari Jepun. Bubuh pula 4WD. Padahal bukan guna mana pun. Pasal tu harga kau macam merepek sikit.
Nautica : Iyalah. Waktu tu katanya hanya test market. Bawa masuk sikit sangat. Tapi yang hairan masih ada juga yang membelinya. Perodua pun masa tu memang tak yakin nak menjual sangat sebenarnya. Tapi masih ingin mencuba. Baik beli Rush. Tujuh tempat duduk ok!
BK : Itulah. Aku pun tak berapa nak hadam. Tapi aku syak masa tu mesti Perodua tak ngam lagi pihak atasan. Pasal tu tak dapat lesen besar untuk re-badge Rush.
Nautica : Strategi perniagaan kita yang biasa-biasa ni mungkin tak berapa nak faham Brader. Cuba ingat, lebih kurang setahun kemudian, Perodua pun dah launch Alza. Tujuh tempat duduk kan? Nah, kalau Rush dia dah re-badge siap-siap, mana mungkin Perodua boleh re-badge Passo Sette ni jadi Alza kan? Inilah dia namanya strategi perniagaan Brader.
BK : Iyalah. Iyalah. Sekali aku kena sekolah pula dengan kau ni Nautica. Hehehe!
Nautica : Eh, jangan macam tu Brader. Aku ni pun bagi pendapat aku je. Boleh jadi betul, boleh jadi juga salah. Yang penting, jangan keterlaluan bila berkata-kata tu kan?
BK : Baiklah Nautica. Terima kasih aku ucapkan sebab sudi luangkan masa bersembang. Moga lepas ni adalah buyer baharu untuk kau lepas ni ya.