Artikel Pilihan

KLIMS 2018 : SEMBANG SANTAI BERSAMA KENDERAAN PERISAI BUDAK U

Ok, ini ada lagi sebuah kereta yang bukan biasa – biasa turut dipamerkan di KLIMS tempohari. Walau pun bukan biasa – biasa, tapi Brader Karrager syak, memang tiada siapa peduli akan kehadiran Kereta Perisai ini. Lalu Brade Karrager pun cuba menghampirinya untuk cuba – cuba bersembang dengan beliau. Debar juga sebenarnya nak sembang dengan kenderaan askar askar ni kan.

BACA : KLIMS 2018 : SEMBANG SANTAI BERSAMA ASX

BACA : SEMBANG SANTAI : KISAH SI MATRIX

BK : Selamat pagi Tuan! (sambil tangan tabik hormat)

AV : Isk, apa ni bang main tabik tabik pulak dah. Dah! Dah! Saya ni bukannya Askar la

BK : Bukan Askar eh! Ingatkan Leftenan ke apa tadi. Tapi kau ni bukan ke Armored Vehicle?

AV : Isk. Memanglah saya ni sejenis AV bang. Tapi saya ni bukannya Askar. Saya budak U lah. UPNM.

BK : Laaaaaa. Budak U rupanya. Budak Engineering la ni kan?

AV : Haah. Pandai abang teka.

BK : Baiklah. Cuba jelaskan sikit tentang latar belakang kau sikit.

AV : Macam yang abang tengok, saya ini adalah prototaip kepada Kenderan Perisai atau pun orang biasa sebut AV sahaja. Saya ini terhasil daripada gabungan tiga Universiti, UPNM, UPM dan juga UKM.

BK : Wah, sampai tiga U sekali bergabung rupanya ya. Handal juga budak – budak U sekarang ini kan.

AV : Iyalah bang. Nak buat sesuatu projek yang besar kenalah kongsi bersama – sama. Lagi pula, masing – masing ada kepakaran tersendiri. Jadi, apa salahnya kami semua bergabung untuk hasil yang outstanding macam saya ni kan? Kan?

BK : Iyalah. Tapi aku ni sedikit curigalah. Kau ni keturunan apa sebenarnya? Pikap?

AV : Wah, handal juga abang meneka ya. Hampir tepat. Sebenarnya saya berasal daripada Land Rover. Tapi telah dibina semula untuk menjadi sebuah Kenderaan Perisai yang segak sebegini.

BK : Ok. Ok. Sebagai sebuah AV, apa kelebihan yang ada pada diri kau ni? Cer citer.

AV : Abang nampak plat empat segi kat depan ni kan.

Dom! Dom! Dom!

AV : Hah! Amacam? Keras kan? Itulah dia Perisai yang yang sepatutnya membaluti tubuh badan saya ni bang. Bukan sebarang besi ok. Antara bahan yang membaluti tubuh saya ni termasuklah Radar Absorbing Material yang berfungsi sebagai anti radar dan juga anti infra merah bagi mengelakkan dikesan musuh. Jadinya, tak adalah senang – senang nak kena kesan dengan musuh. Sebelum kena kecam, elok saya jelaskan dahulu. Yang tempek empat segi kat depan ni sekadar nak menunjukkan teknologi yang ada pada saya sahaja. Dah nama pun prototaip. Kalau nak bubuh satu badan, entah berapa pula habis modal nanti. Itu belum kira ambil kira berat badan lagi.

BK : Itulah. Aku ketuk tadi pun dengar bunyi bukan main padat lagi. Mau beratus kilo juga ni.

AV : Tak syak lagi bang. Berat plat kat depan dada saya ni aja dah cecah 300 kg. Itu belum lagi campur berat muatan anggota yang boleh disumbat ke dalam saya ni.

BK : Berapa boleh masuk semua sekali ni?

AV : Maksimum sembilan orang bang termasuk dengan Pemandu dan juga Penembak.

BK : Hmmmmm orait juga kan kau ni sebenarnya. Kagum juga aku dengan budak U sekarang ini. Bagus. Bagus. Tahniah aku ucapkan. Semoga kau pun terus sukses juga dan jangan repeat sem lepas ni.

AV : Insya Allah bang. Saya ni dah tahun akhir dah. Insya Allah tahun depan Grad la

Google ads
Back to top button