Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – HOKWIL IN DA HOUSE YO!

Lama sembang BK tak bawakan siri Sembang Santai. Maklumlah, semenjak Work From Home daripada lepas Hari Raya itu haru, otak ni pun naik tepu. Idea nak menulis merapu hilang entah ke mana. Tapi bila terpandangkan koleksi kecil BK model dieacast atas almari, timbul pula ilham Jomlah kita baca sesi Sembang Santai bersama Hokwil ini.

BK : Assalammualaikum ..knock knock (sambil ketuk bucu almari)

Hokwil : Waalaikumussalam BK. Apa khabar? Nampak macam sugul aja.

BK : Beginilah bila WFH lama – lama. Otak pun jadi lemau. Disebabkan tahap ke-lemau-an aku berada pada paras maksimum, izinkanlah aku menemubual sebentar ya. Sebelum tu, silalah intro sikit pasal diri engkau ni ya.

Hokwil : Baiklah BK. Rasanya anak kecil dan bapa kepada anak kecil pun ramai yang dah mengenali siapakah diri ku ini. Aku ini adalah Hot Wheels model Mini Countryman Rally. Jelas sekali, aku ni menyerupai model sebenar Mini Countryman Rally yang telah pun menyertai WRC beberapa tahun sudah. Cumanya aku ini didatangkan dalam skala 1/64. Walau pun aku ini barangkali takrifannya adalah barang mainan, tapi percayalah. Peminat mainan berskala kecil ini bukanlah biasa biasa.

BK : Aku ni sebenarnya kelirulah. Apa yang seronok sangat orang pakat dok kumpul kau ni hah? Er, maksud aku kumpul mainan serupa Hokwil ni? Yang pakat kumpul pulak tu semua dah tua bangka.

Hokwil : Hmmmmm itulah yang BK tidak tahu. Ramai yang menyangka bahawa mainan Hot Wheels ini khusus untuk menggembirakan anak – anak. Tapi hakikatnya iannya mampu menceriakan hati sang bapak budak. Sebenarnya perasaan puas tu susah nak digambarkan apabila kita berjaya mengumpul beberapa model yang rare dan menjadi idaman ramai.

BK : Yang menjadi masalahnya, bila mana kau dah menjadi buruan orang ramai, maka secara tidak langsung harga yang menjadi medium pertukaran turut bertukar menjadi sedikit Yahudi. Pada hal kalau beli di Pasaraya baru berapa aja harga dia kan?

Hotwil : Er kejap. BK pernah beli ke kat Pasaraya tu? Model apa yang dapat pun?

BK : Itulah pasal. Model yang berada atas rak tinggal model yang entah apa apa. Yang tinggal hanyalah model serupa kartun. Yang best best semua dah sold out. Kes pakat dengan orang dalam ke macam mana kira tu? Hah? Hah? Itu belum lagi kategori Collectors & Premium lagi. Payah juga nak dapat.

Hotwil : Yang itu saya tidak mahu komen lebih lebih lah bang. Siapa cepat dialah yang dapat. Tapi dunia Hokwil sekarang ni dah bertambah meriah terutamanya dengan kewujudan beberapa jenama macamTomica dan Majorette. Tapi itulah, harga dia pun dah makin merepek tengok. Tapi kalau nak murah sikit, boleh try RMZ City. Murah juga harga dia kalau jual di Mr DIY tu. Tapi itulah, bila orang jual semula, dah jadi Yahudi masing – masing tak ingat Tuhan Yang Satu.

BK : Iyalah. Itu pun aku perasan juga. Dulu dulu aku biasa beli Tomica kat Jaya Jusco harga dia ok lagi. Tapi semenjak perubahan harga matawang dan orang dah mula kumpul, Tomica ni pun dah tak macam dulu. Kalau model rare dan Premium ni memang lepaslah setakat nak beli susu anak dia punya harga. Fikir banyak kali juga kalau nak beli. RMZ City itu pun aku setuju juga. Beli bukan main murah, tapi bila jual mak ai. Geram aja aku tengok

Hokwil : Iyalah bang. mungkin inilah yang dinamakan anjakan paradigma. Setakat harga RM20 ke RM30 tu dah dianggap biasa. Tapi kan bang, kira ok lah sebenarnya. Nak beli model sebenar memang tak mampulah. Jadi bila dapat kumpul koleksi model model sebenar ni macam satu kepuasan.

BK : Hmmmm tapi kan ada seorang kawan aku ni model skala 1/64 dia kumpul, skala 1/1 pun dia ada juga. Nak nak kalau model Porsche. Fuh, bersepah koleksi dia.

Hokwil : Eleh, aku kenallah dia bang. Si Jakpor tu kan. Dia tu nampak macam biasa biasa, tapi kaya dia serupa Sultan bang.

BK : Eh kau ni. Melebih lebih pula. Dia memang keturunan Sultan tau. Ok bye.

BACA : SEMBANG SANTAI – LAMA TAK DENGAR CERITA SI KELISA

BACA : SEMBANG SANTAI – MITSUBISHI AIRTREK EVO 7 NI OI

Google ads

B K

Back to top button