
SENARAI PENUH PENYERTAAN BAGI MUSIM 2018 WORLD RX
Rasanya ramai yang sudah arif akan minat Brader Karrager tentang dunia rali. Kalau ikut fasiliti, tempat kita ni macam dah boleh sangat nak anjurkan salah satu pusingan World RX kelak. Dan kini, Brader Karrager nak kongsikan tentang berita, pasukan-pasukan yang bakal bertanding bagi musim 2018 World RX yang kini memasuki tahun kelima penganjurannya oleh FIA.
BACA : SÉBASTIEN LOEB MENANG TEMPAT KETIGA DI WRX KANADA – PODIUM KETIGA BERTURUT-TURUT
BACA : HONDA CIVIC COUPE RALLYCROSS – LAJU NI DER!
Berdasarkan senarai penuh yang telah dikeluarkan, seramai 15 orang pelumba bakal bersaing termasuklah lapan orang pelumba dengan rekod kejayaan bagi merebut tahta World RX. Ianya terbahagi kepada enam pasukan dan juga tiga pelumba persendirian.
Juara World RX 2017, Johan Kristoffersson yang berlumba bersama PSRX Volkswagen Sweden Polo R pasti akan berhabisan untuk mempertahankan kejuaraan. Beliau bakal bergandingan sekali dengan bekas juara musim 2014 dan 2015 Peter Solberg sekali gus mempertahankan kejuaraan berpasukan.

Musim 2018 ini turut bakal disertai semula oleh bekas juara kategori pasukan musim 2014, Olsbergs MSE bersama pemandu Kevin Eriksson dan juga Robin Larsson. Kedua-dua pemandu kelahiran Sweden ini bakal memandu kereta Ford Fiesta serba baharu bagi membawa semula nama pasukan setelah berehat dan tidak beraksi pada musim 2017.
Selain daripada kereta jenama Hyundai yang bakal membuat kemunculan sulung bersama pasukan GRX Taneco, musim ini juga bakal menyaksikan satu lagi jenama kereta baharu yang bakal menunjukkan aksi melompat di curam buatan. Pasukan GC Kompetition bakal menunjukkan kehebatan kereta Renault Megane RS yang disediakan oleh Prodrive untuk beraksi di atas litar dan juga laluan bertanah.

Turut bakal memberikan saingan utama adalah pengeluar dari Jerman Audi dengan kereta Audi S1 yang bakal digunakan oleh pasukan EKS Audi Sport. Pasukan ini bakal membariskan pelumba yang tidak kurang hebatnya, bekas juara Word RX musim 2016, Mattias Ekstrom. Beliau bakal bergabung dengan rakan sepasukan yang baharu, Andreas Bakkerud, pemandu yang pernah mencatat enam kali kemenangan podium.
Menurut Pengarah Urusan World RX, Paul Bellamy beliau teruja dengan barisan pelumba yang bakal bersaing merebut kejuaraan. Musim ini juga bakal melihatkan pertama kalinya ianya bakal berlangsung di Litar Silverstone untuk World RX Britain dan juga Litar Americas untuk World RX Amerika Syarikat.
Senarai Penuh 2018 FIA World Rallycross Championship
Johan Kristoffersson SWE PSRX Volkswagen Sweden Volkswagen Polo R
Petter Solberg NOR PSRX Volkswagen Sweden Volkswagen Polo R
Mattias Ekstrom SWE EKS Audi Sport Audi S1
Andreas Bakkerud NOR EKS Audi Sport Audi S1
Sebastien Loeb FRA Team Peugeot Total Peugeot 208
Timmy Hansen SWE Team Peugeot Total Peugeot 208
Kevin Eriksson SWE Olsbergs MSE Ford Fiesta
Robin Larsson SWE Olsbergs MSE Ford Fiesta
Niclas Gronholm FIN GRX Taneco Team Hyundai i20
Timur Timerzyanov RUS GRX Taneco Team Hyundai i20
Guerlain Chicherit FRA GC Kompetition Renault Megane RS
Jerome Grosset-Janin FRA GC Kompetition Renault Megane RS
2018 FIA World Rallycross Championship Permanent Individual Competitors
Gregoire Demoustier BEL Sebastien Loeb Racing Peugeot 208
Kevin Hansen SWE Team Peugeot Total Peugeot 208
Janis Baumanis LVA Team Stard Ford Fiesta






