Buletin

BENELLI 302 TOURING – BAKAL MENCABAR VERSYS X-250

Motosikal kembara (touring) kini dibina semakin kecil dan kecil. Jika dahulu, motosikal “unta” ini hanya berkisar tentang kapasiti enjin besar seperti Dr Big, Africa Twin, Pegaso, Tenere dan GS, Hari ini sudah banyak pengeluar yang fokus pada segmen yang sedang berkembang pesat ini.

Kawasaki Malaysia antara yang terawal dari pemain Jepun yang memperkenalkan Versys X-250 pada tahun lepas. Sementara itu, model-model lebih murah seperti KTN-S dari China sudah pun membanjiri pasaran tempatan dengan model sekecil 200cc.

BACA: TUNGGANG UJI BENELLI TRK502

Benelli melancarkan TRK502 – 500cc di pasaran tempatan tahun lalu. Namun mereka juga ada satu lagi produk touring yang lebih kecil yang baru sahaja didedahkan untuk pasaran China.

Berpusat di Qianjiang, China, Benelli kali ini cuba menghasilkan sesuatu yang lebih besar pasarannya, khususnya di negara-negara sedang membangun di mana pilihan motosikal 250cc/300cc agak terhad.

Ia dihasilkan dari versi sport bike Benelli 302 dengan sentuhan kembara yang diadaptasi menerusi fork hadapan yang panjang, “kepala” bersama penghadang angin yang tinggi lagak seakan Multistrada.

Tiada data mengenai enjin atau spesifikasi khusus, namun jika dilihat pada spesifikasi asal 302 sport, ia dijangka akan mengekalkan sebahagian besar konfigurasi asal, mungkin dengan sedikit penalaan terhadap lengkok kuasa yang diperlukan pada putara enjin rendah.

Enjin 302 Sport menghasilkan sebanyak 37 kuasa kuda sementara model ini diturun kan kepada 34 kuasa kuda namun tekanan torknya ditingkatkan dari 19 (pada model sport) kepada 20 paun.

Berat keseluruhannya ialah 216kg, agak bagus untuk sebuah motosikal kembara (jika bandingkan dengan berat motosikal naked/sport). 

Masuk Malaysia?

Belum pasti, namun kami percaya pihak Benelli Malaysia pasti mengkaji model ini dan salah satu perkara yang kritis ialah mengenai kapasiti enjin. 300cc bukanlah pilihan yang bak di Malaysia yang masih mengekalkan struktur lesen menunggang dengan lesen B penuh.

Sama-sama kita nantikan.

 

 

 

Google ads
Back to top button