Buletin

SEORANG KAKITANGAN R&D PROTON DI SHAH ALAM SAH POSITIF COVID-19

PROTON hari ini mengesahkan bahawa seorang pekerjanya positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober 2020. Pekerja yang bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan di Shah Alam itu telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif diketahui. 

Pihak syarikat yang mengikuti semua garis panduan pencegahan oleh kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak ini. 

Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja diarahkan untuk melaksanakan kuarantin di rumah masing-masing. Pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman  dijalankan di tempat kerja PROTON.

Memandangkan pekerja terlibat tidak berjumpa dengan para pelanggan, jadi PROTON yakin risiko penyebaran kepada pihak luar adalah rendah. 

Sejak pandemik ini bermula, PROTON telah mematuhi  semua garis panduan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan meminta semua pelanggan bahawa akan terus berbuat demikian. 

Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja PROTON, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa diutamakan.

Google ads
Back to top button