
PELAKSANAAN PERCUBAAN ALIRAN TRAFIK SEHALA DI PERSIMPANGAN SUKOM, LSA BERMULA 18 OKTOBER HINGGA 17 NOVEMBER
Kesas Sdn. Bhd. (KESAS) akan melaksanakan peringkat percubaan aliran trafik sehala di Persimpangan Sukom, Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula dari 18 Oktober 2020 sehingga 17 November 2020.
Menurut kenyataan KESAS , pelaksanaan itu adalah langkah percubaan bagi mengekalkan aliran trafik secara sehala dari arah Sri Petaling menghala ke Bandar Sukan, Bukit Jalil yang dilaksanakan semasa projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE).

Langkah mengekalkan aliran trafik dicadangkan kerana didapati berkesan membantu menyuraikan aliran trafik di sekitar Persimpangan Sukom..
KESAS menasihatkan pengguna-pengguna LSA dan penduduk di sekitar agar mengambil maklum berhubung tempoh percubaan ini serta memandu berhati-hati dan mematuhi papan tanda disediakan di kawasan tersebut.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi KESAS Hotline di talian: 03-5633 7188.
- BACA: KERAJAAN MAHU AMBIL ALIH EMPAT LEBUH RAYA DENGAN KOS RM6.2 BILION – LANGKAH AWAL KURANGKAN KADAR TOL?
- BACA: PENGENDALI LEBUHRAYA KESAS DAN SMART SETUJU TERIMA TAWARAN KERAJAAN
- BACA: CADANGAN TUBUH AMANAH LEBUH RAYA SEDANG DIKAJI. KALAU JADI TOL TURUN HARGA
- BACA: PESARA PANDU SKUTER DI TEROWONG LEBUH RAYA. PUNCA KESESAKAN LALU LINTAS