Buletin

SHELL & BONUSLINK UMUM PEMENANG PERTAMA BMW X3

Neeraj Kumar N Krishna Kumar dari Pulau Pinang diumum sebagai pemenang utama peraduan Menangi 3 BMW X3 yang dianjurkan oleh Shell dan BonusLink.

Untuk menyertai peraduan ini, pemegang kad BonusLink hanya perlu meleret kad mereka di Shell dan membeli produk-produk ini: minyak Shell, minyak pelincir, e-pay, Touch ‘N Go  dan apa jua brang daripada Shell SE:ECT, kecuali rokok.

Setiap perbelanjaan sebanyak RM40 yang dikumpul dalam sehari, ahli BonusLIknk akan menerima satu penyertaan untuk peluang memenangi sebuah BMW X3 atau 300 baucar Shell bernilai RM300 setiap satu.

Peraduan ini berlangsung dari 23 September hingga 24 November 2019. Pemenang juga akan menerima 30,000 poin BonusLink tambahan, jika mereka meleret kad di Shell dan rakan BonusLink lain sepanjang tempoh peraduan.

Sepanjang tempoh peraduan ini, BonusLink akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara. Ia akan bermula di Kota Kinabalu dan Kuching pada 5 dan 8 Oktober 2019. Ini diikuti oleh siri jelajah di Ipoh (19 Oktober 2019), Kuantan (26 Oktober 2019) dan Johor Bahru (1 November 2019).

“Kami berbesar hati menganjurkan peraduan ini dengan BonusLink untuk meghargai pelanggan setia yang menyokong Shell selama ini. Di peringkat global, Shell merupakan rakan teknologi premium BMW Motorsports.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan BMW Group Malaysia untuk menawarkan tiga unit BMW X3 xDrive30i Luxury sebagai hadiah utama,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.shell.com.my/menangbmw

Google ads
Back to top button