SEMBANG SANTAI : MAJALAH KERETA EDISI TAS 2005 NI OI!
Agak lama juga Brader Karrager tak merapu buat artikel Sembang Santai ni. Entah ada yang tertunggu – tunggu ke tidak entah. Tapi kali ini Brader Karrager nak bawakan temubual paling ekslusif dalam sejarah Sembang Santai. Majalah Kereta (MK) Edisi TAS 2005. Bukan sembarangan MK ya. Ini adalah Edisi Istimewa. Apa yang istimewanya? Jom baca.
BK : Assalamualaikum MK. Lama kau terperosok kat bawah meja ni. Sihat ke?
MK TAS : Alhamdulillah sihat aja adanya. Mujur juga BK sudi juga nak jenguk saya. Berhabuk dah saya ni. Mujur takde muka surat yang terkoyak ke apa.
BK : Iyalah kan. Maklumlah. Majalah Kereta ini pun dah terlungkup. Pasal tu aku simpan elok – elok. Tinggi nilai sentimental Majalah Kereta ni. Tapi kau jangan lupa, sebenarnya terlalu banyak jasa Majalah Kereta ini kepada para pembaca. Aku berani jamin, follower awal Mekanika adalah asalnya pembaca Majalah Kereta sendiri.
MK TAS : Eh iya ke BK? Tapi entah diaorang ingat ke tidak entah ke saya ni. Majalah Kereta Edisi Tokyo Auto Salon 2005. Pertama kalinya edisi TAS ini diterbitkan.
BK : Barangkali ramai yang terlupa tentang kewujudan kau ni. Entah – entah ramai yang tak mengenali kau pun.
MK TAS : Itulah pasal. Entah budak – budak sekarang ni pun tak kenal siapa Amid. Mana dia sekarang hah?
BK : Iyalah kan. Amid tu kan Maskot MK suatu ketika dahulu sebelum diambil alih oleh Mat Kacau. Amid sekarang ni dengar kata dah settle down di Perak. Kembali ke kampung halaman.
MK TAS : Owh iya ke. Baguslah. Si Baii pun sibuk dengan page Mekanika.
BK : Hmm..cuba kau intro sikit tentang kewujudan MK Edisi TAS 2005 ni. Mungkin ramai yang nak tahu apa istimewanya.
MK TAS : Sebenarnya, Majalah Kereta Edisi TAS 2005 ini adalah penerbitan pertama yang dibawakan daripada Jepun. Apatah lagi Jepun merupakan kiblat kepada dunia modifikasi kita sehingga kini. Waktu tu, sudah tentulah Baii sama Amid yang merupakan orang kuat disebalik penerbitan edisi ulung pengembaraan ke bumi Ultraman ni.
BK : Ok. Sekarang ni aku nak minta pendapat kau kau tentang penerbitan majalah permotoran yang semakin pupus.
MK TAS : Nak ulas macam mana lagi BK. Zaman sekarang ini kan zaman internet. Semua di hujung jari. Boleh kira sangat dengan jari pembeli majalah fizikal ni. Mana boleh survive BK. Lagi pulu zaman sekarang ni laman web permotoran pun semakin bersepah. Benda yang bagusnya sebenarnya. Pembaca lebih cepat mendapat info. Cumanya bila ada majalah fizikal macam ni, bolehlah juga simpan buat kenangan. Terima kasih jugalah BK sebab masib menyimpan saya dengan elok sehingga kini.
BK : Rasanya pembaca MK TAS 2005 ini pun ramai yang ingin mengucapkan terima kasih. Disebabkan inilah wujudnya edisi TAS tahun tahun berikutnya. Ramai juga yang mengidam nak ke Jepun setelah membacanya. Rasanya ramai yang suka membaca tentang catatan perjalanan si Baii sepanjang berada di Jepun.
MK TAS : Hehehe! Iya ke BK. Terharu pulak saya. BK pun jagalah saya dengan elok ya. Boleh juga simpan bagi ke anak cucu baca nanti.
BK : Eh kejap ya. Aku ingat nak try letak kat Mudah lah kau ni. Tengok ada tak sesiapa yang berkenan.
BACA : SEMBANG SANTAI: HELLO PERODUA NAUTICA
BACA : SEMBANG SANTAI : APA KHABAR SI PERODUA ALZA