Buletin

LAMBORGHINI HURACÁN LAGI LARIS DARIPADA GALLARDO, 14K UNIT DALAM 5 TAHUN

Lamborghini sekarang ini sedang menikmati perkembangan memberangsangkan, kilang diperbesarkan dan SUV Urus menerima sambutan hangat.

Jualan Lamborghini juga mencatatkan prestasi cemerlang apabila jumlah pengeluaran Huracán telah pun mencecah 14,022 dalam masa lima tahun sahaja.

Ini adalah rekod baharu untuk model V10 dan sebagai perbandingan, Gallardo dikeluarkan sebanyak 14,022 unit dalam tempoh sepuluh tahun dari 2003 hingga 2013.

Huracán EVO

Unit ke 14,022 yang dikeluarkan dengan nombor casis sama ialah sebuah Huracán EVO coupé berwarna Grigio Titans (kelabu) dan dihantar ke Korea.

Siri Huracán V10 adalah pengganti kepada Gallardo dan ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014 dalam versi coupé dan disusuli oleh Spyder.

Pada tahun 2017, Huracán Performante diperkenalkan dan pada tahun berikutnya giliran Performante Spyder pula dan varian itu berjaya mencatat beberapa rekod di litar.

Pada tahun 2019, Lamborghini memperkenalkan Huracán EVO (coupe dan Spyder) menggunakan enjin V10 dan juga kawalan dinamik kenderaan dan pakej aerodinamik terkini.

Huracán Performante

Satu persatu dan gayaan badan diperkenalkan supaya produk yang ditawarkan kekal segar dan menarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan.

Ini adalah strategi perniagaan dan ia ternyata betul.

Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Automobili Lamborghini telah menyerahkan sebanyak 4,553 unit kenderaan kepada pelanggan.

Jumlah itu mewakili 96 peratus peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, jualan Huracán adalah sebanyak 1,211 unit yang turut merangkumi tempoh penghabisan Huracán Performante dan pengenalan Huracán EVO bermula pada Jun 2019.

Huracán EVO Spyder

Jualan model V12 iaitu Aventador dengan siri yang diterajui oleh varian SVJ pula kekal tinggi iaitu sebanyak 649 unit.

Jika Lamborghini berjaya mencecah jualan sebanyak 9,000 unit atau lebih pada tahun ini ia sebenarnya prestasi membanggakan untuk sebuah jenama eksotik.

Angka tersebut berada di dalam liga satu lagi jenama Itali, tidak lain tidak bukan ialah Ferrari.

BACA: KENAPA LAMBORGHINI TIADA TRANSMISI MANUAL MACAM PORSCHE?

BACA: LAMBORGHINI SIAN. 819HP! SUPERCAR LAMBO PALING BERKUASA DALAM SEJARAH!

BACA: #BICARA TEKNIKAL: CARA MENUKAR MINYAK PELINCIR LAMBORGHINI AVENTADOR LP700-4

Google ads
Back to top button