
SHELL BUKA DELI PERTAMA DI STESEN LRT ABDULLAH HUKUM
Shell Malaysia hari ini memperkenalkan deli by Shell, deli yang terletak di luar stesen Minyak Shell pertama di Malaysia.
Terletak di stesen LRT Abdullah Hukum, ia direka untuk memberi kemudahan kepada pelanggan kerana deli berkenaan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minumum yang mudah dibawa.
Deli itu menampilkan menu makanan signatur Shell iaitu deli2go, selain hidangan tempatan seperti nasi lemak bungkus, donut ikan bilik dan nasi ayam.

Cawangan pertama itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Shell untuk memberikan kemudahan buat rakyat Malaysia ketika bergerak ke lokasi masing-masing.
“Pengguna LRT kini boleh menikmati makanan dengan lebih mudah di deli by Shell walaupun sibuk dengan jadual sendiri. Kami mahu pelanggan menikmati makanan kegemaran sama ada secawan kopi panas atau sebungkus nasi lemak,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain.
Pelanggan boleh memilih lebih 20 makanan. Selain nasi lemak, hidangan lain yang turut ditawarkan ialah cheongfun, sarapan Hainan, pastri dan banyak lagi. Mereka juga membeli hidangan kombo bersama kopi-o dan teh-o.
deli by Shell di stesen LRT Abdullah Hukum menjadi permulaan buat Shell mengembangkan perniagaan selain stesen minyak.
GALERI