PENGECAS MELEKAT PADA TESLA SUPERCHARGER. PEMILIK MODEL 3 PENING TUNGGU 15 JAM
Pemilik Tesla Model 3 melahirkan rasa tidak puas hati di laman media sosial apabila terpaksa menunggu lebih 15 jam berikutan pengecas terlekat pada Tesla Supercharger.
Pemandu berkenaan yang menggunakan nama SeaEnergy memuat naik di laman Reddit mengatakan dia terperangkap di supercharger berdekatan Pinellas Park, Florida, Amerika Syarikat (AS).
Dia memaklumkan kepada pasukan sokongan Tesla apabila tidak dapat mengeluarkan kabel pengecas selepas beberapa mencuba mencabut pengecas tersebut.
Selepas beberapa jam, SeaEnergy masih tidak dapat mencabut pengecas malah berkongsi video menunjukkan butang unlock kabel pengecas pada paparan skrin infotainmen tidak berfungsi dan tidak menjumpai selak mekanikal pada bahagian bonet belakang.
Dalam pada itu, Tesla turut gagal memberi bantuan kepada pemilik kenderaan tersebut sehingga pengecas tersebut boleh dicabut semula selepas berjaya mengecas penuh kenderaan berkenaan yang mengambil selama beberapa jam.
Menurut pemilik itu lagi, dia menerima panggilan daripada Khidmat Tesla kira-kira pada pukul 11.30 pagi selepas hantaran mengenai insiden tersebut menjadi viral. – carscoops.