SHELL RECHARGE BINA HAB PENGECASAN EV DI RESORT WORLD GENTING
Bagi menggalakkan lagi pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Shell Recharge hari ini mengumumkan pelannya mewujudkan hab pengecas di Resorts World Genting.
Ia terdiri daripada 10 ruang pengecasan lengkap dengan pengecas berprestasi tinggi (HPC) ultra-pantas 360kW, menjelang awal tahun hadapan.
Melalui kerjasama strategik dengan Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad, hab EV ini akan menjadi penambahan baharu kepada rangkaian Shell Recharge EV sedia ada sebanyak 136 stesen pengecas yang terletak di kawasan-kawasan strategik sekitar bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia, termasuk menghubungkan Singapura, Malaysia serta Thailand.
Hab pengecasan All-in-One ini akan memuatkan 10 pengecas, terdiri daripada empat pengecas berprestasi tinggi 360kW dan enam pengecas AC 22kW.
Semua pengecas disertakan dengan penyambung pengecasan CCS Type 2, membolehkan pemandu EV menikmati pengalaman pengecasan yang sangat pantas.
Shell Recharge turut mengumumkan peralihan mekanisma harga bersamaan kilowatt-jam (kWj).
Pelanggan boleh mengecas dengan kadar kWj baharu apabila mereka mengecas dengan pengecas AC di seluruh negara bermula pada 1 November manakala bagi stesen pengecas DC, mulai 15 Disember.
Model Shell Recharge turut mengekalkan yuran tempahan selain, bakal melaksanakan caj terbiar bagi kesemua model pengecasan yang berbeza bertujuan memberi keutamaan ruang letak kereta pintar untuk pemilik EV.
Tambahnya lagi, pelanggan masih boleh menempah tempat letak kereta melalui aplikasi ParkEasy Shell termasuk ciri-ciri lain seperti akses navigasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shell Recharge HPC di Resorts World Genting, layari: https://www.shell.com.my/motorists/shell-recharge/shell-recharge-hpc.html
- BACA: PERMINTAAN SHELL RIMULA MENINGKAT, MAMPU JIMAT KOS PEMILIKAN
- BACA: SHELL MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN LIM TAYAR, TINGKAT MUTU PERKHIDMATAN DI SHELL
- BACA: SHELL MALAYSIA LANCAR SHELL RIMULA R4X DALAM BEKAS 18 LITER BAHARU
- BACA: SHELL MALAYSIA PERKENALKAN KOLEKSI STAR WARS RACERS – HARGA BERMULA RM49.90