Buletin

TAK CUKUP REMBAT RON95, KENDERAAN PLAT SINGAPURA CURI ELEKTRIK DI FASILITI SHELL RECHARGE TANGKAK PULA 

Perangai kurang ajar pemandu dari Singapura bukanlah sesuatu yang asing buat rakyat negara ini. Lepas satu-satu hal yang mereka buat nyata membangkitkan kemarahan ramai. 

Selepas mencuri petrol RON95 bersubsidi dan memandu secara melulu di lebuh raya, terkini sebuah van elektrik dikesan mencuri tenaga elektrik di kemudahan Shell Recharge di Tangkak, Johor. Ini kerana van buatan BYD T3 itu diparkir secara melintang di antara dua petak parkir dengan penghadang di tengah-tengahnya tidak diturunkan. 

Insiden tersebut dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain di laman Instagram miliknya. “bro, don’t lah like that… 🤔 apa yang tak kena dengan foto ini? we want to encourage many more companies to invest in infrastructure for future mobility. so let us do the right thing. build EV charging network across nations 🇹🇭🇲🇾 🇸🇬 🤝one humanity. one planet,” tulis Shairan yang lebih dikenali sebagai Pakcik Shell. 

Foto tersebut menerima lebih 2,900 Likes dan puluhan komen daripada netizen. 

“Kiasu punya perangai. Datang dari sebuah negara republik yang mempunyai tahap pendidikan antara yang terbaik di dunia,” tulis iamdzulfahmy. 

“Tak bayar, park in between 2 petak, dapat la cas free,” kata thezuel.

“Perkara salah laku sebegini kenapa perlu cover nombor plate? Disclose it. Mereka tidak malu buat onar kenapa kita kena malu dedah nombor plate?” tulis abdullah.mohamad pula. 

Untuk menggunakan kemudahan itu, pelanggan perlu membuat pembayaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi ParkEasy bagi membolehkan pengadang tersebut diturunkan. Pengguna perlu membayar RM4 sebagai yuran pengesahan, selain RM20 per minit bagi 25 minit pertama. 

Kemudian, caj sebanyak RM20 akan dikenakan ke atas setiap blok selama lima minit. Jadi, jika jumlah itu ditukar ke matawang dolar Singapura, ia masih terlalu murah. 

Memandangkan ini merupakan kemudahan pengecasan pantas iaitu DC 180kWh, pengguna boleh mengecas EV mereka dari 0 ke 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja. 

Mungkin sudah tiba masanya penguatkuasaan lebih tegas dikenakan kepada mereka ini. 

Google ads
Back to top button