Buletin

SHINZO ABE LAWAT KILANG TOYOTA DI BUKIT RAJA 

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan deligasinya dilapor telah melawat kilang pemasangan UMW Toyota Motor di Bukit Raja baru-baru ini. 

Lawatan Abe ke Malaysia itu adalah sebagai utusan khas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bagi meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-65 di antara kedua-dua buah negara dan ulang tahun ke-40 Polisi Pandang ke Timur. 

“Kami berbesar hati untuk menerima lawatan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di kilang di Bukit Raja. Lawatan beliau sangat bermakna dan tepat pada masanya kerana boleh melihat sendiri transformasi sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti mapan menerusi pengenalan teknologi hibrid elektrik Toyota. 

“Ia merupakan langkah penting dalam memacu Malaysia ke arah neutraliti karbon. Bersama rakan kami di Malaysia dan Toyota Group Companies, Toyota akan terus menyumbang ke arah pembangunan industri automotif di Malaysia. Selain membangunkan sumber manusia dan alam sekitar demi masyarakat yang lestari,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

Menyokong Malaysia sebagai sebuah negara progresif yang mempromosikan teknologi hijau dam kelestarian alam sekitar, UMW Toyota Motor kini berusaha untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon. 

Januari lalu, ia mekancarkan Corolla Cross Hybrid yang merupakan model hibrid pertama dipasang oleh UMW Toyota menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). 

Kilang di Bukit Raja dibina melibatkan pelaburan sebanyak RM2 bilion. Ia dilengkapi teknologi termaju dan efisien dengan kapasiti menghasilkan 50,000 unit kenderaan setahun. Kilang itu kini memasang model Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Corolla Cross Hybrid.  

Google ads
Back to top button