Buletin
SIAPA TERCICIR GIGI PALSU DALAM TREN RAPIDKL?
Perkongsian RapidKL berhubung penemuan gigi palsu di dalam tren mendapat perhatian warganet.
Dalam perkongsian di laman Facebook RapidKL memaklumkan gigi plasu berkenaan ditemui di tren 151 laluan Kelana Jaya.
“Kepada yang tertinggal gigi palsu ketika menaiki tren 151 laluan Kelana Jaya sebentar tadi, sila hubungi kami untuk mendapatkan kembali barang anda. Terima kasih,” kata laman Facebook tersebut.
Seorang pengguna berkata bukan murah untuk membuat gigi palsu baharu.
“Semoga gigi palsu dipertemukan semula kepada tuannya,” ujarnya.
“Susah hidup kalau takde benda ni. Makan tak boleh, nak cakap pun susah,” kata seorang lagi warganet. –FB RapidKL
- BACA: PEMANDU KERETA API LAJU SHINKASEN PERGI ‘MELABUR’. MINTA KONDUKTOR GANTI, BAKAL KENA TINDAKAN TATATERTIB
- BACA: KERETA API LAJU INDONESIA MULA OPERASI TAHUN DEPAN
- BACA: CHINA DEDAH KERETA API LAJU BOLEH BEROPERASI DALAM SUHU SEJUK MELAMPAU
- BACA: NAIK KERETA API LAJU, JAKARTA-BANDUNG HANYA 45 MINIT. TAMBANG RM70 SEHALA