
CUBA LARI DARI DIKEJAR, PEMANDU BAS RAPIDKL REMPUH BANYAK KERETA DI KL MALAM SEMALAM
Satu klip video yang menunjukkan sebuah bas Rapid KL dipandu secara berbahaya tular di laman sosial semalam.
Dalam satu post yang ditulis oleh Azri Arip, insiden itu bermula apabila bas terbabit didakwa merempuh sebuah kereta. Rempuhan itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar gerai burger miliknya.
Lebih memburukkan keadaan ibunya yang sedang memangku seorang bayi dikatakan terpelanting. Berang dengan keadaan itu, Azri mengejar pemandu bas tersebut dari Keramat AU2 hingga ke Ampang, menuju jalan masuk ke lebuh raya MRR2 tanpa memakai baju dan berkaki ayam.
Dalam klip video berdurasi 1 minit 29 saat itu, jelas kelihatan bas berkenaan memandu secara melulu dan melanggar hampir 10 buah kenderaan sepanjang usahanya melarikan diri.
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659496590843477/
Bas itu akhirnya terpaksa berhenti akibat kesesakan jalan raya. Berdasarkan kepada rakaman video, pemandu bas cuba melarikan diri sebelum dikejar oleh beberapa orang pengguna jalan raya yang marah.
Dalam satu video berasingan, kelihatan seorang lelaki yang memakai pakaian rasmi RapidKL (dipercayai pemandu bertanggungjawab) terduduk di tepi jalan dengan muka berdarah.
Orang ramai yang marah dilihat terus memaki dan cuba memukul lelaki tersebut. Manakala seorang lelaki lain cuba untuk menenangkan keadaan.
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659497810843355/
Berdasarkan kepada laporan akhbar The Star, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bandar mengesahkan kes tersebut, selain menyatakan sebanyak tujuh buah kenderaan telah dilanggar.
Pemandu bas kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan. Moga tiada sesiapa yang cedera dalam insiden ini. Harap akan ada penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Dalam perkembangan berkaitan, pengendali bas RapidKL, Prasarana Malaysia Berhad memohon maaf atas tindakan pemandunya yang bertindak membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Menurut laporan Astro Awani, pemandu bas berkenaan sudah berkhidmat selama dua tahun dan mempunyai rekod yang baik.
Prasarana Malaysia Berhad juga menyatakan jika ada pihak yang ingin membuat tuntutan, mereka boleh menghubungi talian RapidKL 03-7885 2585.
GALERI