,
Buletin

APLIKASI GOOGLE TRANSIT BANTU PENGGUNA RANCANG PERJALANAN BAS AWAM

Rapid Bus Sdn. Bhd. membangunkan aplikasi khas Google Transit yang dapat membantu pengguna perkhidmatan bas awam di Lembah Klang dan Selangor merancang perjalanan mereka.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata aplikasi yang menggunakan platform terbuka Google itu merupakan hasil kolaborasi bersama Google.

Beliau menjelaskan, para penumpang boleh menyemak lokasi semasa sebenar (real time) bas Rapid KL di 170 laluan bas. Ia termasuk bas perantara LRT, GO KL dan beberapa laluan perkhidmatan bas Smart Selangor.

“Dalam pada itu, Rapid Bus akan meluaskan capaian kepada bas perantara MRT, Rapid Penang di Pulau Pinang dan Rapid Kuantan di Pahang.

“Selain perjalanan bas, perkongsian data tersebut melalui Google Maps turut menyajikan pilihan perjalanan lain seperti kombinasi perkidmatan bas dan rel, memberikan maklumat hentian bas dan jangkaan masa perjalanan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, maklumat berkenaan dapat membantu para penumpang melakukan aktiviti lain ketika menanti bas dan menuju ke hentian sejenak sebelum ketibaan bas.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Google Maps daripada Google Play atau Apple App Store untuk menikmati kemudahan terbaharu ini.

Tags
Google ads
Back to top button