Buletin

NAIK KERETA API LAJU, JAKARTA-BANDUNG HANYA 45 MINIT. TAMBANG RM70 SEHALA

Kereta api merupakan salah satu mode pengangkutan yang efisien untuk menghubungkan di antara daerah, bandar, ibu negeri mahupun negara. 

Ia sering menjadi pilihan ramai pengguna kerana kemudahan kepayaannya membawa penumpang dalam masa yang singkat. Malah rangkaian kereta api boleh menjadi salah satu indikator kemajuan sesebuah negara. Maka, tidak hairanlah jika banyak negara berlumba-lumba untuk membina rangkaian kereta api yang cekap dan laju. 

Terkini, Indonesia bakal mempunyai kereta api laju yang pertama di rantau Asia Tenggara. Memiliki landasan sejauh 142.3 kilometer, kelajuan kereta api itu boleh mencecah 350km/j. Ini membolehkan perjalanan di antara Kajarta dan Bandung hanya mengambil masa 45 minit sahaja. 

Ia jauh lebih singkat berbanding sebelumnya iaitu sekitar 3 jam. Jakarta dan Bandung sudah lama menjadi destinasi utama pelancong termasuklah dari Malaysia. 

Dikenali sebagai Jakarta-Bandung high speed railway, kereta api itu mempunyai lapan gerak sepanjang 209 meter dan berupaya membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu-satu masa. 

Tambangnya pula hanya sekitar Rp250,00 (RM70.12) untuk perjalanan satu hala. Kemudahan itu pasti dapat menarik minat golongan yang gemar membeli-belah untuk pergi ke dua-dua destinasi berkenaan.

Sekali gus dapat merancakkan kembali ekonomi setempat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. – Sinar Plus 

GALERI

Google ads
Back to top button