Buletin

SIME DARBY AUTO SELECTION. TAWAR KENDERAAN TERPAKAI BERKUALITI TINGGI. NAK JUAL KERETA SEDIA ADA PUN BOLEH

Sime Darby Auto Selection, pengedar kereta terpakai di bawah Sime Darby Motors hari ini melancar stor dalam talian yang menawarkan pengalaman pembelian kereta lebih mudah.Β 

Stor dalam talian iu membolehkan pelanggan mencari kenderaan terpakaidan hampir baharu yang berkualiti tinggi. Sime Darby Auto Selection kini mempunyai 300 buah kenderaan pelbagai jenama yang boleh anda lihat. Ia juga tidak terhad kepada jenama francais di bawah Sime Darby Motors semata-mata. 

Setiap kereta terpakai itu telah menjalani proses pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan ia berada dalam kondisi terbaik. Laman web tersebut hadir dengan ciri-ciri yang mesra pengguna.

Ia membolehkan anda mendapatkan slot temu janji pemeriksaan, penilaian servis dan pandu uji. Di samping mengetahui tentang promosi dan acara terkini.Β 

Laman web itu juga akan tampil dengan ciri β€œSpin Car” yang membolehkan pelanggan melihat ruang dalaman dan luaran kereta 360Β°. 

β€œSelain visi menjadi pengedar kenderaan yang boleh dipercayai, pasukan Sime Darby Auto Selection juga mahu menawarkan kenderaan terpakai berkualiti premium dan khidmat selepas jualan terbaik kepada pelanggan. Mereka yang ingin mendapatkan kereta terpakai boleh tengok pilihan kami yang banyak dan pandu uji. 

β€œBagi yang ingin menjual kereta pula, mereka boleh dapatkan temu janji untuk penilaian kenderaan masing-masing,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Selection, Vi Thim Juan.

Stor dalam talian itu menjanjikan lebih banyak ciri untuk kemudahan pengguna. Antaranya ialah pengiraan pinjaman dan transaksi tempahan untuk mengesahkan pembelian yang boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.Β 

Maklumat lanjut, layari laman web: simedarbyautoselection.com.my atau hubungi mana-mana bilik pameran Sime Darby Auto Selection. 

Google ads
Back to top button