Motosikal

HONDA MSX 125 GROM 2021 SERBA BAHARU DILANCARKAN DI THAILAND

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, jentera Grom memiliki peminat dari negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand dan Jepun.

Dengan perkembangan berkenaan, Honda telah memberikan nafas baharu kepada jentera ini dari segi rekaan dan teknologi agar dapat menambah penggemar jenama motosikal mini terbabit.

AP Honda Thailand yang melancarkan jentera Honda MSX 125 Grom terbaharu ini menawarkan dua model kepada para pembeli iaitu standard dijual pada harga 69,900 baht (RM9,267).

Ia didatangkan dengan tiga warna pilihan merah-hitam, biru-hitam dan hitam.

Bagi model lebih canggih pula merupakan kelabu-hitam dengan sistem ABS bersama teknologi  G-Sensor yang dijual pada harga 77,400 baht (RM10,261).

Honda MSX 125 Grom menampilkan pelbagai pembaharuan terutama di bahagian badan jentera berbanding model terdahulu.

Ia termasuk rekaan lebih menonjol serta bergaya, lampu utama LED, panel meter digital dengan paparan LCD dengan dilengkapi perincian informasi seperti rpm dan kedudukan gear.

Selain itu, ia dilengkapi rekaan rim baharu dibaluti tayar lebar 12 inci tubeless, fork USD 31 mm berkembar dengan dua piston caliper dan spring monoshock belakang warna kuning.

Jentera terbaharu ini mendapat khidmat enjin empat lejang 125 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI mampu menjana kuasa 9.7 hp dan tork 11 Nm pada 5,200 rpm menerusi kotak gear lima kelajuan.

Honda turut memperkenalkan kit istimewa oleh H2C kepada para pembeli yang ingin modifikasi motosikal mereka mengikut selera masing-masing. Ia terbahagi kepada tiga rekaan iaitu Scrambler, Motard dan Adventure. – agensi

Google ads
Back to top button