
BYD “RECALL” HAMPIR 100,000 KERETA. RISIKO TERBAKAR AKIBAT UNIT KAWALAN STERENG
Pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka China, BYD Auto, memanggil semula sekitar 97,000 kenderaan akibat sistem stereng yang rosak, menurut State Administration for Market Regulation (SAMR).
SAMR mengesahkan bahawa BYD akan memanggil semula semua kenderaan elektrik bateri (BEV) model Dolphin dan Yuan Plus yang dihasilkan di China antara November 2022 hingga Disember 2023.
Menurutnya, unit kawalan stereng yang rosak dikatakan boleh menyebabkan risiko kebakaran.
Model Dolphin dan Yuan Plus merupakan antara model terlaris BYD tahun lalu, dengan jumlah jualan gabungan sebanyak 675,000 unit.

Walau bagaimanapun, belum ada pengesahan sama ada model eksport turut terlibat dalam panggilan semula ini.
SAMR juga menyatakan bahawa BYD akan meminta pengedar di China untuk menghubungi pemilik kenderaan terjejas bagi menggantikan unit kawalan stereng yang rosak.
Menurut laporan tempatan, panggilan semula oleh BYD jarang berlaku. Pada tahun 2022, sejumlah kecil model Tang plug-in hybrid dipanggil semula akibat pek bateri rosak, di mana ia turut menimbulkan risiko kebakaran.
Panggilan semula kali ini menimbulkan perhatian besar kerana melibatkan model terlaris, sekali gus mencerminkan pentingnya langkah keselamatan serta tanggungjawab syarikat dalam menjaga kualiti kenderaan mereka.
- BACA: POLIS TAHAN DUA LELAKI LARIKAN KERETA CURI – SUSPEK MILIKI LIMA REKOD KES JENAYAH
- BACA: SIMPAN DUIT DALAM KOTAK KASUT UNTUK BELI RV TAPI ISTERI BUANG DALAM TONG KITAR SEMULA – MATILANAK
- BACA: GWM MALAYSIA TAWAR PROMOSI UNTUK PEMBELI BAHARU ORA GOOD CAT; PENGECAS DINDING PERCUMA DAN BANYAK LAGI!
- BACA: GEELY ICON DENGAN TRIM OFF-ROAD MUNCUL DI CHINA – FWD, JANA 178HP