
SISTEM HIBRID TOYOTA GENERASI KE 5. APA BEZA DENGAN SISTEM GENERASI KE 4?
Toyota Innova Zenix yang baru dilancarkan oleh UMW Toyota merupakan satu lagi pertaruhan terbaru oleh Toyota dengan aplikasi teknologi hibrid terbaru. Jika Toyota Corolla Cross menggunakan sistem hibrid generasi ke 4, Toyota Innova Zenix pula tampil dengan sistem hibrid generasi ke 5
Secara kasar, antara perubahan yang dilakukan dari generasi ke 4 ke generasi ke 5 ialah penggunaan komponen hibrid yang lebih ringan (mengurangkan berat keseluruhan kenderaan) dengan saiz yang lebih kompak (mengurangkan penggunaan ruang dalam kenderaan).
Berikut ialah perubahan teknikal yang dilakukan oleh Toyota bagi Sistem Hibrid Generasi ke 5 yang diperkenalkan oleh Toyota Innova Zenix:
1. Penggunaan Power Control Unit serba baru mengurangkan kehilangan tenaga elektrik sebanyak 14% bagi varian enjin 1.8 (Corolla yang dijual di Eropah, bukan di Asia Tenggara) dan 6% bagi varian enjin 2.0. PCU ini datang dengan sistem penyejukan berganda dan beroperasi pada frekuensi tinggi bagi mengurangkan bunyi bising
2. PCU akan dipasang di atas transxle (gandar) yang menggunakan motor elektrik yang lebih kompak. Motor elektrik ini dihasilkan dengan kaedah pemasangan wayar yang baru bagi menjadikannya lebih kompak. Berat keseluruhan transaxle adalah 15% lebih ringan berbanding generasi ke 4. Malah perumah transaxle sendiri adalah 20% lebih ringan
3. Toyota juga menggunakan minyak enjin yang lebih nipis (kurang likat, bagi pasaran Eropah Corolla Hybrid menggunakan minyak enjin dengan kelikatan 5W-30) bagi meningkatkan kecekapan mekanikal enjin. Gigi gear juga ditukar kepada gigi gear yang lebih kecil, dengan permukaan yang bersentuhan lebih besar dan differential pula menggunakan rekaan yang lebih kecil serta ringan
4. Berat bateri juga dikurangkan sebanyak 14% tapi kuasa yang dibekalkan meningkat kepada 14% . Toyota juga mengoptimakan sistem penyejukan bateri dan penyingkiran haba dalam bateri dalam usaha memanjangkan jangka hayat bateri disebabkan suhu.
Bagi Innova Zenix, bateri Nikel Metal Hydride diplih dan dipasang di bawah kusyen depan pemandu adalah lebih sesuai dengan suhu yang panas dengan iklim tropika Malaysia. Bagi pasaran Eropah, sistem hibrid Toyota generasi ke 5 menggunakan bateri ion lithium
5. Throttle juga telah dikalibrasi semula agar respon trenkuasa bertambah baik terutama dalam keadaan pemanduan di jalan raya sesak di bandar, menuruni bukit dan juga di lebuhraya sibuk dimana pemandu kerap menukar kelajuan kenderaan. Sistem juga direka supaya RPM enjin adalah rendah ketika dipandu di lebuh raya dengan halaju malar
Bagi Toyota Innova Zenix Hibrid, ia akan dikuasakan dengan enjin Dynamic Force M20 FXS dengan nisbah mampatan dinaikkan kepada 14:1 manakala varian 2.0 petrol V menggunakan enjin M20-FKS dengan nisbah mampatan 13:1. Perubahan nisbah mampatan ini membolehkan varian FXS mencapai kecekapan therma sehingga 41%
Enjin ini menjana 150 kuasa kuda dan 188Nm tork bagi mengecaj bateri Nikel Metal Hydride. Tapi kuasa menggerakkan Zenix akan dilakukan dengan motor elektrik yang menjana 206Nm tork dan gabungan kuasa sistem hibrid menjana sehingga 183 kuasa kuda. Secara purata, Toyota Innova Zenix boleh dipandu sejauh 21.7km bagi setiap liter petrol


