Artikel Pilihan

PERANGAI MAK BAPAK HANTAR ANAK KE SEKOLAH YANG TAK SEPATUTNYA BERLAKU

Amaran : Artikel di bawah tidak membawa maksud kepada ibu bapa yang mempunyai anak keperluan khas dalam situasai yang dibincangkan.

Sesi persekolahan musim 2022/23 baharu sahaja membuka tirainya tanggal 21 Mac yang lalu. Ini merupakan sejarah yang mana sesi permulaan sekolah terpaksa dianjakkan sehingga ke bulan Mac gara – gara Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh pelosok bumi.

Dan paling teruja untuk menghantar anak ke sekolah sudah tentulah ibu bapa yang mempunyai anak Darjah 1. BK juga tidak terkecuali. Akan tetapi, sepanjang pemerhatian setiap kali tibanya awal musim sesi persekolahan, akan wujud perangai yang BK serasa selayaknya ibu bapa tersebut dilempar ke neraka kedua paling jahanam.

Contoh kelakuan yang tidak sepatutnya ibu bapa tersebut lakukan adalah dengan menghantar anak anak sekolah sampai betul betul depan pagar sekolah. Apabila masing – masing mempunyai keinginan hasrat hati yang sama, maka natijahnya sudah tentulah kesesakan akan berlaku di hadapan / berhampiran kawasan sekolah.

Sudahlah nak menghantar anak di depan pagar sekolah, masa itu jugalah dia sibuk nak suruh salam semua orang yang ada dalam kereta. Kaklong, Kakcik, Kakchaq, habis semua dia angkut dalam satu kereta nak pi hantar. Dan dan masa itu jugalah mak bapak ni nak pesan itu ini. “Nanti di sekolah elok – elok. Beratur elok – elok. Jaga SOP”, tutur si Mak panjang lebar. Padahal Ahli Politik pun tak jaga SOP mana dah sekarang ini. Sepatutnya urusan remeh sebegitu sudah dipesan / dibuat sebelum tiba di hadapan pagar sekolah lagi. Bayangkan berapa banyak masa terbuang jika sebuah kereta berbuat demikian? Itu baru sebuah. Bayangkan pula jika berbuah – buah kereta berbuat perangai demikian? Tidakkah makin sesak jalanraya dibuatnya?

Bayangkan pula jika kawasan sekolah tersebut berada di hujung kawasan yang mana hujung jalannya adalah jalan mati. Semua kenderaan pakat melakukan perangai yang sama. Dia punya sesak jangan cakaplah. Padahal boleh sahaja parkir kenderaan jauh sikit dan berjalan kaki menuju ke pagar sekolah. Tapi bangsa tak faham bahasa ni memang tidak boleh dibawa berbincang dia punya ego. Semua benda dia sahaja nak senang.

Dari yang naik Saga BLM, Vellfire sampailah yang paling bagak Ford Ranger pun buat perangai yang sama. Nak manjakan anak tu tidak salah, tapi janganlah sampai pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Sampai ke besar anak itu terikut perangai tak semenggah. Semua benda nak senang. Susah sikit tidak mahu.

Yang menaiki motorsikal pun satu hal. Buat perangai parkir motor depan pagar sekolah. Sudahnya menyusahkan ibu bapa yang hendak menghantar anak – anak nak masuk ke dalam kawasan sekolah yang berjalan kaki. Dibuatnya betis terkena ekzos, elok terajang aja Mak Bapak yang perangai macam ni.

Entahlah. Pada hal masing – masing pun dah besar panjang. Sepatutnya perkara penting kan diri sebegini sudah tidak lagi wujud. Tapi dah nama pun manusia kan. Ada yang perangai baik bagaikan Nabi. Sanggup parkir jauhnya sampai tiga kilometer. Heret anak tu jalan kaki sampai ke depan pagar sekolah. Ada pula yang perangai lebih setan daripada syaitan. Hmmmmmm.

BACA : IBLIS PETAK KUNING DAN KONCO-KONCONYA

BACA : SEMBANG SANTAI : JAHAT SANGATKAH IBLIS LORONG KECEMASAN NI?

Google ads

B K

Back to top button