
HARI 86 DAIKOKU
Kereta ini boleh dikatakan model klasik Jepun paling berpengaruh dalam kalangan peminat automotif di seluruh dunia.
Ia sebuah kereta yang mengubah dunia kereta sport murah. Idea yang ringkas menyebabkan jurutera Mat Salleh terpinga-pinga fikir apa pasal orang Asia suka sangat pada Toyota Trueno/Levin.
Ini bukanlah sebuah kereta yang dibina dari scratch, tetapi ia adalah sebuah Corolla. Kereta yang memang dibuat murah, boleh dipercayai dan boleh dipandu sampai bila-bila.
Perhimpunan dan kelab AE86 boleh dilihat di mana-mana. Namun di Jepun, sudah tentulah 86 menjadi sangat ikonik sehinggakan perhimpunannya adalah antara yang terbesar. Bukan sekali, tapi banyak kali dalam setahun.
Antara yang paling besar ialah 86 Day di litar Fuji. Tetapi apa yang saya ingin kongsikan kali ini bukannya perhimpunan du Fuji kerana sebelum itu GTR Meeting turut diadakan di lokasi sama. Sebaliknya, kali ni perhimpunan 86 day diadakan di Daikoku, sebuah daerah kecil di Tokyo.
Simbolik perhimpunan 86 lazimnya berkaitan tarikh. Tanggal 6 Ogos biasanya dipilih sebagai tarikh tahunan sebab orang Jepun membaca kalendar mereka macam Amerika bulan di depan dan harinya di belakang.
Justeru, jadilah 6 haribulan Ogos dan bukannnya 8 haribulan Jun macam yang kita praktikkan. Apa-apapun, perhimpunan 86 kali ini tidaklah formal sangat sebab Daikoku ini lebih kepada kawasan parking yang besar, di mana mereka berhimpun pada waktu malam pada musim luruh.
Tidak banyak nama besar 86, perjumpaan kali ini lebih kepada himpunan beberapa kelab yang bersatu kerana minat mereka terhadap lagenda ini. Ada lah nampak sebuah kereta D1 Nob warna merah dan sebuah dua dua trim Panda. Selain daripada itu, perhimpunan ini nyata lebih santai.
Apa pun, saya rasa sudah tiba masanya semua orang di seluruh dunia lebih menghargai teknologi klasik sebegini. Macam yang dibuat oleh pihak OMG sebelum ini, perhimpunan kereta oldskool sudah nampak lebih serius. Malah keterlibatan orang ramai juga nampaknya semakin meyakinkan.
Kalau dahulu jenis kereta masuk asal boleh saja. Sekarang mereka baik pulih kereta sama level dengan budak-budak K-Car kumpul barang-barang JDM. OK lah. Cerita banyak tak guna, baik korang tengok gambar dia. Enjoy!
[hr]GALERI

























