Buletin

SMART #3 VERSI ULANG TAHUN KE-25 DILANCARKAN DI EROPAH 19 JANUARI INI, HARGA BERMULA RM237K

Pada tahun 1998, smart mencapai kejayaan dengan pengenalan model fortwo dan setelah pembaharuan jenama (kini jenama elektrik semua), pelbagai perhatian tertumpu pada smart.

Bagi tahun 2023, smart mencapai matlamatnya apabila berjaya menghantar hampir 70,000 unit di seluruh dunia dan kebanyakan volum ini dijual di China.

Untuk meraikan Ulang Tahun ke-25 smart, edisi khas smart #3 bakal dilancarkan pada 19 Januari dan akan dijual di Eropah pada harga AS$50,750 (RM237,992).

smart #3 25th Anniversary “Starry Sky Commemorative Edition” mempunyai elemen sporty termasuk padanan warna hitam pada logo, rekaan bampar baharu, spoiler belakang dinamik, dan rim aloi hitam bersaiz 19-inci.

Di bahagian dalam, ia menampilkan kemasan merah, stereng bawah rata, bumbung panoramik galaksi, lampu ambien 64 warna dan 13 pembesar suara daripada Beats.

Perincian lain termasuklah skrin infotainmen 12.8-inci, kluster instrumen digital 9.2-inci serta paparan head up 10-inci.

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh motor elektrik tunggal, menghasilkan 268hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat serta menawarkan jarak gerak 455km.

Seperti dinyatakan di atas, model edisi khas ini boleh dimiliki pada harga bermula RM237,992.

Google ads
Back to top button