Buletin

SOCAR TAWAR PENYELESAIAN MEMPERKASA PERNIAGAAN DARI RUMAH

SOCAR Malaysia telah melancarkan pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan dari rumah dengan menawarkan penyelesaian mobiliti terbaharu.

Dalam satu satu kenyataan, SOCAR telah bekerjasama dengan syarikat logistik seperti Teleport, Lalamove, MrSpeedy dan Pickupp. Ini bagi memperkasakan lagi pemilik perniagaan kecil dan perniagaan dari rumah serta ejen penghantaran dengan menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.  

Pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR memberikan pilihan yang mudah, selamat dan bersih kepada perniagaan yang ingin beroperasi. Pada masa sama mengurangkan kos pengangkutan.

“Bagi sesetengah perniagaan, normal baharu telah menunjukkan betapa pentingnya beroperasi dari rumah dengan urus niaga dijalankan melalui platform digital. Sementara khidmat penghantaran menggantikan servis secara bersemuka kepada pelanggan di kedai serta penghidangan makanan di premis.

“Walaupun platform dan ejen penghantaran menyaksikan peningkatan pendapatan, namun perubahan dari segi logistik ini turut mengakibatkan pertambahan kos ke atas peniaga dan pelanggan.

“Ia berikutan kedua-dua pihak terpaksa menanggung caj tambahan semasa urusan jual beli akibat daripada yuran penghantaran serta yuran untuk menggunakan platform e-dagang dan tempahan makanan,” katanya. – Bernama

Google ads
Back to top button