Buletin

SOKON GLORY 580 – SUV CHINA YANG BAKAL MENYERANG GARUDA

Brader Karrager sememangnya mengikuti rapat tentang perkembangan industri automotif di negara jiran, Indonesia. Pasaran kenderaan mereka cukup luas. Nah, kali ini Sokon Glory 580 bakal memasuki pasaran Indonesia melalui pengedar utama mereka, PT Sokonindo Automobile.

BACA : NIO ES8 SUV ELEKTRIK

BACA : INILAH WAJAH SUV PERTAMA PROTON – GEELY BOYUE BUAT PENAMPILAN SULUNG DI MALAYSIA

Glory 580 ini adalah sebuah model SUV dengan tujuh tempat duduk. Sudah tentulah ianya seharusnya menjadi pilihan untuk dibawa masuk ke pasaran yang cukup mewah dalam segmen tujuh tempat duduk ini bagi sebuah negara yang rakyatnya menggemari kepelbagaian konfigurasi tempat duduk kenderaan.

Pembuat asalnya, DSFK Glory 580 yang berasal dari  China ini disasarkan untuk mula berada di pasaran sekitar Februari 2018 nanti. Harga yang ditawarkan dianggarkan sektiar Rp300 – 350 juta (RM90,390 – RM105,455).

Apa yang menarik tentang Glory 580 ini adalah ianya langsung tidak menampakkan imej sebuah SUV buatan China. Tapi kalau perhati dengan betul, rekaan cermin sisinya persis SUV Jepun. Kira oklah kan. Sikit-sikit sama tu benda biasa. Jangan taksub sangat kondem kata copy paste bagai. Sumbu tu sila simpan sikit untuk kegunaan di masa hadapan.

Mempunyai pilihan enjin SFG18 1.8 liter  dan juga SFG15T 1.5 liter berserta pendesak turbo merupakan tawaran kepada bakal pembeli. Mana yang murah, pasti boleh jual saing dengan SUV tujuh tempat duduk yang lain.

Lain-lain spesifikasi yang ada pada Glory 580 ini pula seperti lampu utama projektor, antena sirip anak ikan yu, serta penggunaan rim bersaiz 17 inci. Pengunaan kulit pula membaluti keseluruhan tempat duduk penumpang. Ditambah pula dengan cermin suria (sunroof) yang tersedia pada setiap varian menampilkan ciri-ciri mewah setanding dengan jenama Jepun. Electronic Parking Brake (EPB) pula lebih menyerlahkan lagi sisi mewah sang Glory 580 ini.

Skrin sesentuh bagi sistem hiburan dalaman yang dilengkapi dengan sistem navigasi kini sudah mejadi biasa-biasa. Kalau tak ada dah serupa kodi pula. Bertambah menarik pula ianya turut dilengkapi dengan  Vehicle Running Recorder (VRR) terbina dalam yang mampu menjadi ‘kotak hitam’ untuk merakam segala bukti kejadian sewaktu memandu.

Aspek keselamatan juga bukan biasa-biasa. Dilengkapi dengan empat beg udara,  ABS, EDB, dan juga EBA. Corong pendingin hawa di bahagian belakang pula mampu menjamin keselesaan penumpang yang dibawa.

Kalau dilihat dari segi spesifikasi yang khabarkan, ianya pasti mampu membuatkan pembeli di Indonesia agak goyang juga kalau nak pilih antara Toyota Rush, Honda BRV mahupun si Sokon Glory 580 ni kan? Cuba buang logo tengok, agak-agak macam mana? Cuma kalau nak dijual di tempat kita leceh sikitlah. Bangsa kita ini jenis yang kuat ikut keturunan, terutamanya kalau keturunan Jepun.

 

 

 

Google ads
Back to top button