
SOLAROO JALIN KERJASAMA BERSAMA QUILL AUTOMOBILES DAN MILLENNIUM WELT – TAWAR PROGRAM SOLAR ATAS BUMBUNG UNTUK EV BMW iX
Solaroo Systems Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan kerjasama baharu bersama Quill Automobiles dan Millennium Welt bagi memperkenalkan program solar atas bumbung yang direka secara eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) siri BMW iX.
Kerjasama ini bertujuan untuk mengurangkan pelepasan dan menerima tenaga boleh diperbaharui bagi pemilik BMW iX baharu.
Peserta dalam program itu akan menikmati sistem PV solar atas bumbung 4.4 kilowatt (kWp) percuma bernilai RM20,000 daripada Solaroo, dengan fleksibiliti untuk mengembangkan kapasiti sistem untuk memenuhi keperluan khusus mereka.

“Di Quill Automobiles, kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan rakan pengedar BMW, Millennium Welt, dalam menawarkan solar atas bumbung yang inovatif ini,” kata Peniaga Utama Quill Automobile, Alex Tang.
“Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk membentuk masa depan lebih baik selain, memberikan pelanggan kami pengalaman luar biasa.”
Dengan menyepadukan sistem PV solar atas bumbung, pemilik BMW iX boleh memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan berkesan sambil mengurangkan jejak karbon mereka.
Penyelesaian PV solar atas bumbung Solaroo, bermula pada saiz asas 4.4kWp, dijangka menjana kira-kira 458kWj elektrik sebulan.
Kapasiti penjanaan ini mencukupi untuk mengimbangi penggunaan elektrik yang terhasil daripada empat cas penuh BMW iX (440kWh), memandangkan saiz bateri EV 110kWj menawarkan jarak gerak mengagumkan sehingga 630km.
Selain itu, peserta juga berpeluang menaik taraf kapasiti sistem PV solar mereka kepada antara 6.6kWp dan 13.2kWp berdasarkan bil elektrik bulanan.
Anggaran penjimatan bil elektrik bulanan bakal mengimbangi kos peningkatan tambahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Untuk rekod, program ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk sistem PV solar atas bumbung, dilengkapi dengan perlindungan insurans bagi menyediakan penggantian satu untuk satu bahagian.
BMW iX xDrive 50, mempunyai tanda harga bermula RM546,800, menawarkan bateri serta motor elektrik lebih berkuasa, berupaya menghasilkan 523hp dan tork 765Nm.
Model ini menyertai rangkaian iX xDrive40, iX1, iX3 dalam barisan SUV elektrik sepenuhnya BMW, boleh didapati di Quill Automobiles dan Millennium Welt.
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH MODEL BMW 750E XDRIVE, PHEV CKD, JARAK GERAK 87KM, 483HP, HARGA BERMULA RM649K
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH 5 MODEL BAHARU M. M3 COMPETITION, M4 COUPE COMPETITION, M5, M5 COMPETITION DAN I4 M50
- BACA: BMW MALAYSIA & MILLENNIUM WELT LANCAR 2 FASILITI PENGECASAN DI GAMUDA GARDENS RAWANG
- BACA: BMW MALAYSIA LANCAR EV BMW iX3. 80kWh, 461KM, BERMULA RM336K



