
TRIUMPH BONNEVILLE STEALTH EDITION 2024 KINI TERIMA KEMASAN, ESTETIKA BAHARU
Triumph Bonneville Stealth Editions 2024 kini menampilkan kemasan cat gaya tersuai baharu.
Tersedia untuk satu tahun sahaja, Stealth Editions baharu ialah koleksi eksklusif lapan model dalam rangkaian Triumph Modern Classic.
Setiap model mempunyai reka bentuk tangki yang unik dan diserlahkan lagi melalui kemasan lukisan tangan untuk mendedahkan warna lebih terang.

Untuk rekod, pilihan warna Stealth adalah khusus untuk setiap model Bonneville.
Bagi Bonneville Speedmaster, Stealth Edition hadir dalam kemasan merah manakala Bonneville Bobber dikemaskan dengan warna ungu.
Sementara itu, Bonneville T100 Stealth Edition boleh didapati dalam warna biru, sementara, Bonneville T120 tiba dalam dua pilihan warna, Blue Stealth dan Black Stealth.
Tidak ketinggalan, Speed Twin yang lebih sporty menerima kemasan Red Stealth Edition.
Menggenapkan rangkaian Triumph Stealth Editions ialah Street Twin 900 dan Scrambler 900, di mana ia boleh didapati dalam Green Stealth Edition serta Orange Stealth Edition.
Ketua Pegawai Komersial Triumph Motorcycles Paul Stroud berkata, “Stealth Edition adalah sungguh menakjubkan. Ia dikemaskan dengan teknik buatan tangan yang mencabar. Bagi peminat Bonnevilles, Stealth Edition ini sukar untuk ditentang.”
GALERI:














- BACA: TRIUMPH TIGER 900 GT ARAGON EDITION KINI DI MALAYSIA – 93.9HP, HARGA BERMULA RM81K
- BACA: TRIUMPH TIGER SPORT 660 BAHARU JANA 80HP, TIGA PILIHAN WARNA, HARGA BERMULA RM50K
- BACA: TRIUMPH DEDAH JENTERA BAHARU – SPEED 400 DAN SCRAMBLER 400 X, MULA DIJUAL PADA 2024
- BACA: TRIUMPH MOTORCYCLES UMUM JAMINAN LANJUTAN UNTUK PELANGGAN TERJEJAS








