SPRING GEAR PENDARATAN LONGGAR, PUNCA PESAWAT B-2A KEMALANGAN
Pada 14 September 2021, sebuah pesawat pengebom halimunan B-2A Spirit telah mengalami kemalangan sewaktu mendarat di lapangan terbang Whiteman Air Force Base Misouri. Pesawat pengebom tersebut dioperasikan oleh regimen 393 Bomb Squardon.
Ketika mendarat Left Main Landing Gear atau gear pendaratan yang disambung dengan tayar telah gagal beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan menyebabkan gear pendaratan mengalami kegagalan struktur dan pesawat pengebom malang tersebut tergelincir sejauh 1.6 kilometer dari titik pendaratan
Menurut kertas siasatan kemalangan yang baru dikeluarkan oleh badan penyiasat, pesawat B-2A Spirit mengalami kerosakan yang teruk akibat kegagalan spring gear pendaratan sehingga sayap pesawat terbabit diseret sejauh 1.6 kilometer sepanjang landasan. Anggaran kos minima pembaikan pesawat ini adalah sekitar RM 46 juta
Abbreviated Accident Investigation Board (AAIB) mendapati punca kemalangan ialah spring yang digunakan untuk mengunci gear pendaratan pada kedudukannya gagal mengekalkan tekanan yang cukup sewaktu beroperasi
Bagi pesawat B-2A, gear pendaratan akan dikunci kedudukannya dengan sambungan spring mekanikal dan dibantu dengan satu mekanisme aktuator hidraulik bagi mengekalkan kedudukan sambungan spring
Dalam sejarah penerbangan B-2A, terdapat 8 kes insiden berkaitan dengan spring dan juga mekanisme aktuator hidraulik ketika mendarat. Namun semua kes terlibat tidak melibatkan kemalangan yang serius dan semua masalah dibaiki selepas pesawat mendarat.
Badan penyiasat juga mendapati spring yang digunakan berada di luar parameter operasi atau menghasilkan 11% kurang tekanan spring daripada yang sepatutnya. Malah lebih mengejutkan lagi mereka mendapati spring tersebut tidak pernah digantikan semenjak pesawat B-2A mula berkhidmat 10 tahun lepas.
Berdasarkan rekod sebelum ini dimana sebuah pesawat B-2A yang terbakar, ia mengambil masa sehingga 4 tahun bagi tujuan baik pulih dan sedia untuk terbang semula