Buletin

HONDA HR-V 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. HONDA SENSING, 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM105,000

Honda Prospect Motor memperkenalkan model terbaharu HR-V di pasaran Indonesia secara alam maya baru-baru ini.

Model terbaharu itu ditawarkan dengan empat varian pada harga berikut:

  • Honda HR-V 1.5L S CVT              Rp 355,9 Juta (RM105,000)
  • HR-V 1.5L E CVT                          Rp 379,9 Juta (RM112,000)
  • HR-V 1.5L SE CVT                        Rp 399,9 Juta (RM118,000)
  • HR-V 1.5L Turbo RS                     Rp 499,9 Juta (RM147,000)

Honda HR-V generasi kedua tersebut hadir dengan warna menarik seperti Sand Khaki Pearl, Ignite Red Metallic, Meteroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic dan Platinum White Pearl.

Bahkan, kesemua varian Honda HR-V baharu itu dilengkapi teknologi keselamatan Honda Sensing.

SUV berkenaan menampilkan konsep Exceptionally Impressive sekali gus memperlihatkan rupa paras luaran lebih moden dan padu.

Dengan garis-garis tajam memukau, HR-V itu memperlihatkan sisi rekaan lebih stylish dan sporty berbanding model terdahulu.

Ia didatangkan rekaan gril hadapan baharu dipadankan lampu utama LED penuh dengan Sequential LED Turning Signal serta lampu kabus LED.

Ruang dalaman pula, ia hadir dengan Shift Knob dibaluti kulit, One Push Ignition System dan Smart Entry System serta Paddle Shift.

Selain itu, ia didatangkan bumbung panoramik kaca, paparan interaktif TFT 4.2 inci dan Air Diffusion Outlet dengan tiga mod pilihan.

Tiga varian S, E dan SE mendapat khidmat enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa 121 PS dan tork 145 Nm.

Bagi varian paling power, RS dilengkapi enjin 1.5L VTEC Turbo yang memiliki kuasa mencecah 177 PS dan tork 240 Nm.

Ciri-ciri menarik lain termasuk Multi Angle Rear View, port USB, Vanity Mirror Lamp dan Electrostatic Touch LED Map Light.

Ia turut memiliki ruang bagasi yang luas dan fleksibel dengan pilihan tiga mod iaitu Long Mode, Utility Mode dan Tall Mode untuk kesesuaian para pengguna.

Dari aspek keselamatan, Honda HR-V terbaharu itu dilengkapi fungsi seperti Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC, LSF), Auto High-Beam (AHB) dan Lead Car Departure Notification (LCDN).

Honda HR-V yang dibangunkan struktur rangka G-CON + Ace dipadankan Side Impact Beam menampilkan Honda LaneWatch, empat beg udara keselamatan, Hill Start Assist, brek parkir elektrik dan ABS.

Bila Honda HR-V terbaharu akan memasuki Malaysia pula, kita tunggu dan lihat yee. – Honda Indonesia

Google ads
Back to top button