Buletin

STADIUM TOYOTA BAKAL MENJADI VENUE BAGI RALLY JAPAN

Khabar gembira buat peminat rali di Jepun khususnya. Perlumbaan terakhir FIA World Rally Championship (WRC) di FORUM8 Rally Japan pada 16 – 19 November nanti bakal menyaksikan Stadium Tokyo berubah menjadi medan pertempuran jentera rali.

Susulan daripada penganjuran semula Rally Japan ke dalam kalendar WRC pada tahun ianya telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat rali di sana. Pengajuran rali dengan permukaan aspal cukup menarik untuk dilihat apatah jentera Toyota GR Yaris Rally1 cukup mendominasi saingan ketika itu.

Ketika perlumbaan yang berpusat di Aichi, kelibat penonton yang membanjiri telah dihadkan bagi memastikan kelancaran acara namun peminat telah berkumpul di sepanjang laluan hingga ke garisan penamat.

Dan untuk saingan FORUM8 Rally Japan 2023 nanti, penganjur sudah memutuskan untuk mengadakan pertempuran satu lawan satu di dalam Stadium Tokyo yang terletak di Aichi. Perlumbaan di dalam stadium ini pastinya akan meninggalkan momen yang sukar dilupakan buat para peminat kelak.

Ianya akan direka khas untuk super special stage satu lawan satu di dalam stadium dengan kapasiti penonton sehingga 45,000 orang. Perlumbaan di dalam stadium ini nanti bakal diadakan sebanyak tiga kali. Pembukaan rali pada Khamis malam, disusuli dengan pada Jumaat malam dan juga Sabtu siang.

Namun untuk acara rali ini nanti, bilangannya akan dihadkan sehingga 40,000 orang sahaja. Untuk rekod, Stadium Toyota ini merupakan tuan rumah bagi pasukan J1 League, Nagoya Grampus.

Perlumbaan di dalam stadium ini di Jepun nanti pastinya akan mengulangi apa yang pernah berlaku tahun sudah di Acropolis Rally yang diadakan di Stadium Olimpik Athens yang menyaksikan kehadiran 65,000 penonton berjaya dicatatkan sambil dimenangi oleh trio dari pasukan Hyundai yang diketuai oleh Thierry Neuville

Ketika saingan di Rally Japan 2022, ianya dimenangi juga oleh Thierry Neuville dan wakil pasukan Toyota Gazoo Racing oleh Takamoto Katsuta yang berada di podium ketiga. Tumpuan dan tekanan pastinya akan menjadi milik pasukan Toyota Gazoo Racing, bukan setakat beraksi di bumi sendiri malah turut beraksi di stadium sendiri.

Sebetulnya penganjuran di dalam stadium sebegini sudah pasti akan menguntungkan penganjur secara langsung. Bayangkan berapa harga sekeping tiket untuk tengok dalam stadium? Kali pula dengan 40,000 tiket? Untung bukan?

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG RALLY GREECE 2022

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG FORUM8 RALLY JAPAN

Google ads

B K

Back to top button