Artikel Pilihan

EVO III DAN IMPREZA Ver8 SAJIAN TERBARU MENU GRAN TURISMO 7

Gran Turismo 7 terus menggegar persaingan permainan video dengan update terbaru mereka dan kali ini dengan dua model yang sudah bersaing sekian lama. Paling menarik bagi kami semestinya ialah Mitsubishi Lancer Evolution III yang bagi mereka yang baru nak kenal kereta mestinya menyangka ia adalah sebuah Wira convert.

Lawannya pula tidak lain dan tidak bukan semestinya Subaru Impreza WRX Sti yang sudah menjadi musuh ketat Evo sejak sekian lama. Musuh masa perlumbaan je.

Dengan penambahan dua jentera rali lagenda itu bertambah lagi dua model dalam Extra Menu Gran Turismo Café. Ini satu keistimewaan Gran Turismo 7 yang menggalakkan pemain membina garaj mereka sendiri dengan tema kenderaan tertentu. Contohnya koleksi kereta-kereta Typr-R Honda ataupun koleksi Mazda dengan enjin rotary.

Jadi sekarang korang boleh mula mengumpul koleksi Evo dan WRX sendiri. Syaratnya korang kena capai tahap pengumpul level 26 dan 30 terlebih dahulu. Tak faham? Kena main la dulu baru faham.

Nak bina garaj idaman sendiri kat luar tak ramai yang mampu jadi inilah pilihan yang terbaik. Satu lagi kelebihan ialah korang tak payah nak lap debu hari-hari dalam garaj macam ni. Hahaha.

Kalau korang minat dengan hypercar terdapat juga kemasukan baharu. Aston Martin Valkyrie. Kalau korang minat la. Evo III pun tak mampu beli lagi abang malas la nak berangan dengan hypercar ni.

Youtube video
Google ads
Back to top button