Buletin

GWM BUKA PUSAT 4S DI BUTTERWORTH DAN SEREMBAN

GWM Malaysia mengumumkan pembukaan dua pusat 4S baharu di Butterworth, Pulau Pinang dan Seremban, Negeri Sembilan.

Dengan kerjasama rakan-rakan pengedar GWM, CS Euro Auto Sdn. Bhd. dan Seremban Victory Credit Sdn. Bhd., pengumuman ini mengukuhkan lagi rangkaian pembekal GWM serta komitmen untuk memberi pengalaman luar biasa buat para pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Dengan pelan strategik GWM, pembukaan pusat 4S di Seremban merupakan langkah yang penting dalam memenuhi keperluan orang ramai yang berpindah dari bandar ke kawasan pinggir bandar, seiring dengan populasi di Seremban yang telah meningkat dengan ketara. 

Pulau Pinang juga merupakan salah satu bandar utama dengan rangkaian pengecasan EV yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk masa depan yang lebih hijau, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini menyatakan bahawa struktur cukai yang dicadangkan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai agar menerima EV.

Beliau mengakui kebimbangan berhubung potensi kenaikan cukai jalan untuk EV selepas dasar pengecualian semasa tamat pada 2025.

Namun, Anthony memberi jaminan bahawa kerajaan berhasrat untuk menyelaras dasar dengan matlamat mempromosikan penggunaan EV di Malaysia sebagai sebahagian daripada objektif kemapanannya. 

Pusat itu akan menawarkan barisan kenderaan tenaga baharu GWM dan sokongan perkhidmatan selepas jualan, yang sejajar dengan komitmen GWM untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara neutral karbon seawal 2050. 

Kedua-dua kemudahan itu mempunyai ruang pameran luas yang boleh memuatkan pelbagai jenis kenderaan tenaga baharu GWM, membolehkan pelanggan meneroka model terkini dalam persekitaran yang selesa. 

Dengan lebih ramai kakitangan di kedua-dua pusat 4S dan kawasan perkhidmatan khusus yang merangkumi pelbagai ruang perkhidmatan, pelanggan boleh dijamin dengan penyelenggaraan yang cekap dan perkhidmatan segera. Alat ganti tulen GWM memastikan jangka hayat dan prestasi kenderaan, memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.

Google ads
Back to top button