Motosikal

SUZUKI MAIN TEASER HAYABUSA 2021 PULA. BAKAL DILANCARKAN 5 FEBRUARI INI

Suzuki Motorcycle telah memuat naik teaser berdurasi 25 saat menunjukkan kemunculan motosikal Hayabusa yang bakal menerjah pasaran dalam masa beberapa hari lagi.

Melalui hantaran video terbabit, Suzuki memperlihatkan sedikit rekaan dan memperdengarkan deruman enjin jentera terbaharu itu.

Teaser berkenaan turut menunjukkan paparan empat panel meter analog digabungkan bersama skrin TFT yang terletak di bahagian tengah.  

Tidak ketinggalan, Suzuki mengungkapkan ‘Perfectly Poised’ dalam video berkenaan, kemungkinan besar terdapat beberapa perubahan drastik yang bakal dipertontonkan kepada peminat motosikal.

Mereka mungkin akan menambah teknologi, kuasa malah rekaan yang lebih mantap dalam memberi saingan kepada pesaing dalam industri.

Kita sama-samalah menanti kedatangan jentera baharu itu pada 5 Februari nanti.

Google ads
Back to top button