
TUKAR KERETA CHERY LAMA ANDA KEPADA YANG BARU MENERUSI KEMPEN TUKAR BELI CHERY KE CHERY
Chery Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Kempen Tukar Beli Chery ke Chery, di mana ia memberi peluang kepada pemilik kenderaan Chery untuk menukar ke kenderaan baharu Chery.
Untuk pemilik kenderaan Chery yang ingin menukar kepada model baharu Chery, terdapat tawaran tambahan RM3,000 di atas harga tawaran tukar beli.
Menurutnya, kempen tukar beli ini menawarkan peluang kepada pemilik kenderaan Chery untuk menaiktaraf kepada model terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi terkini.

Selain itu, melalui kempen ini juga, pemilik kenderaan Chery boleh merasai pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan Chery boleh mengunjungi mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara bermula 9 Februari 2024 untuk menyertai Kempen Tukar Beli Chery ke Chery ini.
Di Malaysia, Chery kini menawarkan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro serta Omoda E5, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik yang akan dilancarkan pada bulan Mac tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Chery di www.chery.my, atau ikuti laman Facebook Rasmi Chery Malaysia di https://www.facebook.com/cherymalaysiaofficial
- BACA: CHERY MALAYSIA, CARSOME JALIN KERJASAMA STRATEGIK – TINGKAT KEMAHIRAN TENAGA KERJA DAN REVOLUSI PERTUKARAN KERETA
- BACA: CHERY MALAYSIA CATAT HASIL JUALAN 4,501 UNIT TAHUN 2023 – BAKAL LANCAR TIGGO 7 PRO
- BACA: CHERY ECO RUN TARIK 3,400 PENYERTAAN – BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
- BACA: MENGHITUNG HARI, CHERY OMODA E5 BAKAL DILANCARKAN MAC INI









