
SUBARU DEDAH TEASER IMPREZA 2024 BAHARU, PELANCARAN DI LA AUTO SHOW TAHUN INI
Selepas pengenalan model generasi baharu Subaru Crosstek (nama lama Subaru XV), pengeluar itu mengumumkan kehadiran sebuah lagi model baharu yang bakal dilancarkan di LA Auto Show tahun ini.
Berdasarkan imej acah tunggal yang dibekalkan, ia jelas sekali menunjukkan bentuk badan hatchback yang memberikan petanda generasi baharu Impreza bakal muncul.
Tidak banyak info yang didedahkan buat masa ini, namun besar kemungkinan ia akan membawakan pelbagai ciri moden seperti skrin paparan digital, sistem infotainmen baharu, serta teknologi keselamatan terkini EyeSight System.
Berdasarkan penawaran terdahulu, Subaru Impreza dibekalkan dengan enjin boxer empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan 152 hp dan 196 Nm, serta sistem pacuan semua roda secara standard.
Acara pameran LA Auto Show akan berlangsung pada 19 November hingga 28 November tahun ini.








