TOYOTA VIOS 2023. 1.5L DUAL VVT-I, NAIK TARAF TSS, BAKAL LANCAR DI MALAYSIA PADA H1 2023
Toyota Vios AC100 (model generasi keempat) sudahpun dilancarkan di luar negara, manakala Malaysia dijangka menerima model itu pada separuh pertama tahun 2023.
Antara negara yang telah melancarkan Vios generasi baharu ini ialah Thailand, Kemboja, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia.
Vios 2023 dibina di atas platform DNGA serba baharu dengan dimensi 4,410mm panjang, 1,740mm lebar, tinggi 1,480 mm dan jarak roda 2,620mm.
Vios generasi baharu di China akan menggunakan enjin 1.5L Dual VVT-I, sama seperti keluaran Indonesia. Ia mampu menjana kuasa sehingga 104hp dan tork 138Nm.
Meskipun output lebih rendah berbanding model generasi sebelumnya, peralihan daripada CVT kepada D-CVT membolehkan prestasi keseluruhan bertambah lebih baik. Selain itu, ia juga dikatakan lebih jimat bahan api.
Toyota Vios generasi baharu turut akan dikemas kini dengan Toyota Safety Sense lebih maju termasuk Adaptive Cruise Control, Pre-collision warning & braking (AEB), Front Departure Alert, Land Departure Warning & Prevention, Pedal Misoperation Control, Automatic High Beam, dan Brake Assist selain terdapat lensa pandangan sekeliling 360 darjah.
Walau bagaimanapun, kita harus menunggu sehingga separuh pertama tahun 2023 untuk mendapatkan Toyota Vios generasi baharu ini. – Automachi
GALERI: