Buletin

SUBARU LANCAR VARIAN BRZ YANG PALING ASAS DI JEPUN

Subaru Jepun telah melancarkan sebuah lagi varian BRZ yang lebih asas dan dikhususkan untuk golongan pelumba professional yang mahu menyertai perlumbaan Toyota Gazoo Racing GR86/BRZ Cup.

Seperti namanya, Varian Cup Car Basic ini sememangnya dihasilkan khusus untuk berlumba di atas litar, dengan kelengkapan seperti rim keluli (yang bakal dibuang), pemasangan sangkar keselamatan, seatbelt enam poin, serta beg udara sisi yang telah dibuang.

Tiada sebarang perubahan kuasa dibuat, di mana Subaru BRZ ini kekal menghasilkan kuasa setinggi 232 hp/250 Nm daripada enjin boxer 2.4 liter NA itu.

Akan tetapi, pihak Subaru telah memadankan sistem penyejukan jenis minyak yang lebih sesuai untuk kegunaan di atas litar, serta komponen LSD yang telah ditambah sirip penyejukan.

Harga jualan Subaru BRZ Cup Car Basic ini bermula dari ¥3,338,500 (RM120,887).

Google ads
Back to top button