ANGIN KENCANG, PENUNGGANG MOTOSIKAL TERPAKSA BERHENTI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG
Sejumlah penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan Jambatan Pulau Pinang, susulan hujan dan angin kencang yang berlaku petang tadi.
Keadaan itu dapat dilihat menerusi dua video tular berdurasi 59 dan 31 saat yang dirakamkan pengguna jalan raya ketika melalui jambatan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, mengesahkan kejadian menerusi video tular itu.
“Angin kencang menyukarkan pemanduan penunggang motosikal. Demi keselamatan, mereka terpaksa berhenti di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.
Menerusi video itu, turut kelihatan keadaan laut yang bergelora selain kenderaan bergerak perlahan di atas jambatan terbabit.
Pengguna Facebook, Siti Safiyah turut berkongsi pengalamannya berdepan keadaan itu. “Tiga kali saya memberhentikan motosikal di atas jambatan kerana tidak mampu bergerak selepas ditolak angin kencang,” katanya.
Terdahulu, Boon Poh turut mengesahkan menerima maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terdapat hampir 20 laporan mengenai kejadian pokok tumbang dan kerosakan struktur susulan hujan dan angin kencang.
Antara lokasi itu di Air Itam, Bayan Baru, Lintang Pangkor, Jalan zainal Abidin, Jalan Sungai dan Jalan Masjid Negeri di sini. – Berita Harian
- BACA: PERODUA HENTI PRODUKSI ALZA APRIL INI. MODEL BAHARU LAGI POWER?
- BACA: LALUAN KERETA API SEJAUH 1,000KM DIBUKA. LAOS MUNGKIN DIJERAT HUTANG CHINA
- BACA: KHABAR ANGIN SEDANG BERTIUP KENCANG TENTANG HONDA CIVIC TYPE-R GENERASI BARU
- BACA: KERETA API LAJU JAKARTA-BANDUNG KALIS PETIR, GEMPA BUMI, ANGIN KENCANG, HUJAN LEBAT