Buletin

SUBARU XV SERBA BAHARU – 2 VARIAN, HARGA BERMULA RM118,819 SEUNIT

TC Subaru semalam melancarkan Subaru XV generasi kedua ke pasaran tempatan secara rasmi.

XV ditawarkan dalam dua varian iaitu XV 2.0i dan XV 2.0i-P pada harga pengenalan istimewa bermula RM118,819 seunit.

Menjadi model yang diubah sepenuhnya sejak dilancarkan pada tahun 2012, XV merupakan model kedua yang menggunakan Subaru Global Platform. Platform itu dikatakan 70 peratus lebih tegar. Selain mengurangkan gegaran dan olengan.

Seperti model sebelumnya, XV baharu dijana oleh enjin Boxer 2.0 liter aspirasi biasa. Namun begitu, enjin berkuasa 156PS tersebut telah ditambah baik dan 12kg lebih ringan.

Transmisi Lineartronic CVT tujuh kelajuan itu juga 7.8kg lebih ringan, ia hadir bersama ciri auto shift dan mode penukaran gear secara manual.

Sistem pacuan semua roda Symmetrical Subaru kini dilengkapi ciri  X-MODE. Ia meningkatkan prestasi pemanduan dengan mengoptimumkan kawalan enjin, sistem pacua, brek serta fungsi-fungsi lain. Ciri Hill Descent Control pula memberi ketenangan minda kepada pemandu apabila menuruni laluan yang curam.

Penampilan luaran V dipertingkatkan menerusi falsafah rekaan DYNAMIC x SOLID. Perubahan dapat dilihat dengan jelas pada lampu utama berbentu C, gril hadapan, rim aluminum bersama reka bentuk baru, lampu belakang dan jarak kelegaan tanah setinggi 220mm.

Reka letak bahagian kabin masih ringkas. Papan pemuka diserlahkan melalui sistem  infotainmen bersaiz lapan inci.

Sebagai sebuah kenderaan untuk kegunaan keluarga, aspek keselamatan tidak diambil ringan. Justeru, XV yang memenangi anugerah Grand Prix dalam Program Penilaian Kereta Baharu Jepun (JNCAP) dipasang dengan tujuh beg udara.

XV didatangkan dalam enam warna menarik iaitu oren, biru mutiara, putih, perak, kelabu dan hitam.

GALERI

Google ads
Back to top button