Buletin

SUBASH MENANG PEUGEOT RCZ

Selepas 11 minggu dan enam siri, pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini mengumumkan pemenang hadiah utama peraduan Peugeot ‘Drive 2 Win’.  

Peugeot-Drive-2-Win-mekanika (1)

Subash A/L Loganathan dimumkan sebagai pemenang hadiah utama, dia memandu pulang sebuah Peugeot RCZ berwarna merah. Sementara pemenang lain seperti  Abdul Razak Hassan, Steven Ng Chong Wey dan Ng Chin Wei pula masing-masing menerima hadiah berupa sebuah komputer riba Macbook Air, Sony Xperia Z2 dan baucar membeli-belah bernilai RM500.

“Kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai tentang model-model Peugeot. Ia juga dilihat mampu mengubah pendirian mereka yang tidak pernah berfikir untuk membeli sebuah Peugeot sebelum ini. Tetapi, selepas mereka memandu uji sebuah Peugeot, ramai juga yang membuat tempahan,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Peugeot-Drive-2-Win-mekanika (2)

Kempen itu dilihat berjaya meningkatkan jumlah sesi pandu uji sebanyak 30 peratus dan menarik orang ramai untuk mengunjungi bilik pameran Peugeot di seluruh negara.

Berlangsung pada majlis yang sama, Nasim turut menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan #peugeotselfie. Untuk menyertainya, orang ramai hanya perlu melengkapkan borang di laman Facebook Peugeot Malaysia dan hantar sekeping foto serta kapsyen kreatif mereka bersama sebuah kenderaan Peugeot.  

Peugeot-selfie-mekanika- (1)

Daripada lebih 200 penyertaan, Yap Siew Yee dipilih sebagai pemenang utama. Dia menerima sebuah kamera GoPro Hero 4. Pemenang tempat kedua, San Mun Shaik pula membawa pulang sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S5. Manakala pemenang ketiga, Muhammad Luqman Kassim dihadiahkan sebuah kamera digital.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button