Modifikasi

MAZDA FAMILIA GTX 210 TURBO

Pada zaman kegemilangan kereta berkuasa tinggi Jepun sekitar tahun 1990-an dahulu, pasaran kereta-kereta ‘gila’ macam ini cukup meriah.

SONY DSC

Kalau anda minat Mitsubishi, boleh beli model Evo, GSR atau Mirage. Geng Nissan pula boleh beli Pulsar GTiR. Jika anda peminat tegar Mazda, sudah tentu model Familia GTX menjadi pilihan.

Persamaan semua kereta tadi terletak pada enjin dan transmisi. Ya. Semuanya menggunakan enjin turbo dan transmisi pacuan empat roda sepenuh masa. Lebih menarik lagi, semua kereta ini pernah berentap di kejohanan rali dunia dan dijual kepada orang ramai.

BACA – MODIFIKASI MAZDA BG TURBO

BACA – MAZDA 808 KUASA LEVIN 4AGE

Dalam banyak-banyak model ini, Mazda Familia GTX ialah mungkin model underdog. Ia kurang mendapat publisiti berbanding model Evo/GSR atau Impreza WRX/STi. Model GTX ialah versi empat pintu model GTR yang digunakan oleh Mazda untuk kejohanan rali dunia. Kedua-dua model ini menggunakan enjin yang sama tetapi dengan talaan berbeza.

Kalau Proton Wira selalu dijadikan bahan eksperimen untuk disumpah menjadi Lancer Evo/GSR, peminat Mazda pula boleh membeli chasis Familia 1.6 untuk dijadikan platform ubah suai Familia GTX. Di sinilah kelebihan terletak di tangan pemilik Mazda sebab JPJ tak kacau.

SONY DSC

Walaupun enjin BPD B8 dikatakan tak power macam enjin 4G63 Evo, namun enjin ni sebenarnya amat lasak dan senang diubah suai. Harga barang-barangnya pun tidaklah  mengarut sangat. Dalam erti kata lain, senang juga nak layan enjin ni.

Macam Familia yang anda lihat di sini, enjin ini diambil daripada half-cut Familia GTR. Ini enjin asli B8 210 yang menjadi kegilaan. Kenapa namanya 210? 210 sebenarnya merujuk kepada kuasa kuda enjin, 210hp. Model GTX enjinnya berkuasa 180hp sahaja, sebab itu namanya B8 180.

SONY DSC

Tetapi B8 210 di dalam ruang enjin ini pastinya bukan 210hp lagi, mesti lebih sebab dah banyak barang dipasang. Blok enjin dimasukkan set piston Supertech dengan conrod daripada Manley. Semua bearing utama enjin diganti dengan bearing jenis perlumbaan Clevite 77.

Crankshaft standard pula dilakukan kerja-kerja imbangan bagi melancarkan lagi prestasi enjin. Kepala silinder enjin merupakan kacukan kepala silinder enjin B8 NA yang didermakan oleh Ford TX3, tetapi spring injap menggunakan barang enjin B8 210 bersama valve stem buatan Supertech. Sebab? Liang port intake dan ekzos enjin N/A lebih besar daripada liang port enjin turbo.

SONY DSC

Kepala silinder dan blok enjin diikat menggunakan bolt ARP dan gasket jenis keluli  Cometic. Selepas enjin dah sedia, boleh masukkan turbo yang lagi besar. Turbo pilihan ialah daripada model TD05. Senang cerita, turbo standard Evo III.

Turbo dengan bilah berkembar ini disejukkan oleh intercooler HKS Type S jenis front mount. Turbo ini mengepam udara yang dimampatkan melalui throttle body Work. Bagi memastikan boost spike tak terjadi, turbo ini dibekalkan dengan wastegate jenis external daripada Tial. Paip-paip intercoolernya pula semuanya buatan custom oleh Ijal Ekzos.

SONY DSC

Apabila enjin dah banyak dibikin, jangan lupa nak bikin sistem penyampaian bahan api. Enjin kuat tak guna juga kalau minyak masuk tak cukup. Sebab itu kereta ini dibekalkan dengan pam bahan api AEM 340 Stealth. Semua alat pancitan bahan api diganti dengan barang daripada enjin Mitsubishi RVR yang bersaiz 450cc.

Namun, saya rasa paling unik ialah sistem pendawaian enjin yang dirojak menggunakan sistem pendawaian enjin Evo III – enjin 4G63! Rupa-rupanya boleh masuk, siap dengan kotak ECU dan cip RalliArt. Tak cukup dengan itu, sebuah SAFC daripada A’PEXi dipasang bagi menala enjin dengan lebih baik.

SONY DSC

Dengan enjin turbo, ekzos kereta pun kena la ikut saiz turbo, takkan nak guna ekzos saiz pili air je kan? Paip tengah ekzos Mazda ini ialah paip saluran terus berdiameter tiga inci dengan peredam bunyi Blitz Nur Spec V.

Kereta keluarga yang sudah bertukar menjadi kereta separa racing ini dibekalkan dengan set penyerap hentak boleh laras HWL yang dikacuk dengan spring HKS Hypermax bersama tahap kekerasan 12kg/mm di depan dan 10kg/mm di belakang.

SONY DSC

Dengan kebebasan memilih tahap kerendahan kereta, semua rim asal Familia sudah diganti dengan rim aloi SSR Type-C 16×7 inci dan dibalut dengan tayar dari Bridgestone RE-11 bersaiz 205/50/16.

Dari sudut kosmetik, ubahsuai Mazda Familia ini mengikut trend biasa dan selamat iaitu dengan menyalin aksesori dan panel-panel asli JDM. Misalnya muka depan Familia GTR yang disalin lengkap kepada body sedan ini.

BACA – MAZDA LANTIS SEDAN YANG DILUPAKAN

BACA – MAZDA UTE, PIKAP KLASIK COMEL

Aksesori-aksesori kecil macam lampu depan kristal, signal 323 Infini jenis jernih, pemegang plet dan gegusan lampu belakang USDM turut membantu menaikkan lagi seri kereta. Sebuah sunroof yang diubahsuai daripada Mazda Astina menjadi pilihan pemilik. Sementara penutup liang udara buatan custom oleh GME Racing melengkapkan ubah suai luaran kereta ni.

SONY DSC

Di bahagian dalam, tempat duduk depannya menggunakan dua jenis kerusi yang berbeza – Recaro Evo V untuk pemandu dan Mazdaspeed untuk penumpang. Papan pemukanya pula nampak sibuk dengan pelbagai jenis meter dan gajet elektronik.

SONY DSC

Populariti Mazda ini mungkin agak berkurangan berbanding 10 tahun lalu. Jadi, bagi mereka  yang baru nak mula main kereta turbo, percayalah, Mazda ini boleh dibeli dengan harga yang agak murah di pasaran terpakai. Tapi jangan haraplah nak dapat spec yang sama macam kereta ni. Ini barang banyak champion ooo…
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button