Artikel Pilihan

LOKOMOTIF REMPUH TIANG KONKRIT SEPANJANG 134 KAKI – SIAPA LAGI KUAT?

Nahas keretapi memang menggerunkan dan kerap kali berakhir dengan kematian. Tapi nahas melibatkan keretapi ni memang jarang berlaku kerana ia bergerak di atas landasan sendiri. Tapi ini kali pertama kita dengan keretapi berlanggar dengan tiang konkrit panjang sehingga terbabas. Kalau terbabas dahulu kemudian langgar tiang logic la sikit.

Nahas ini berlaku di Collegedale, Tennessee dan ia memang melibatkan keretapi dan tiang konkrit Selasa lepas. Pemandu treler panjang dengan muatan tiang konkrit sepanjang 134 kaki sedang berhenti di lampu isyarat merah. Sementara menunggu pagar keselamatan lintasan keretapi telah diturunkan menandakan ada lokomotif bergerak menghampiri kawasan kejadian.

Malangnya treler tersebut tidak sempat bergerak untuk segera keluar dari landasan menyebabkan ia dirempuh di bahagian tengah. Tiang konkrit hancur bersepai dan lokomotif turut tergelincir.

Kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu pemandu treler seratus peratus kerana dengan beban muatan sebesar bukan senang untuk bertindak balas serta merta sebenarnya. Menurut laporan agensi berita tempatan, tiga lokomotif dan sepuluh buah gerabak telah tergelincir dari landasan.

Kawasan kejadian kelihatan seolah-olah baru diletupkan dengan bom mengakibatkan jalan raya sekitar ditutup kepada trafik.

Walaupun nahas ini kelihatan amat teruk tapi ia hanya mengakibatkan kecederaan ringan kepada dua pekerja Norfolk Southern Railroad. Keduanya dikejarkan ke hospital oleh perkhidmatan kecemasan (EMS) untuk rawatan.

Insiden ini membuktikan yang lintasan dan landasan keretapi adalah tempat yang cukup berbahaya. Walaupun dengan sistem amaran awal dan kecanggihan sistem teknologi sekarang, keretapi masih memerlukan jarak yang panjang sebelum boleh berhenti.

Faktor saiz dan kelajuan membuatkan keretapi mempunyai daya yang diluar pemikiran kita semua. Tengok sahajalah video kemalangan ini yang berjaya dirakam dan selepas ini kalau berhenti tu sila jauhkan sikit diri dan kenderaan anda dari landasan keretapi. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang.

Google ads
Back to top button